Monday, December 13, 2010

Tiada Agama Lain Selain Islam

ISLAM 300x216 Tiada Agama Lain Selain Islam

Apa maksud Islam?

Perkataan Islam berasal dari bahasa arab ertinya sejahtera , aman, harmoni dan dirujuk dari istilah memberi makna menyerah diri kepada Pencipta yang Maha Berkuasa dengan mentauhidkannya dengan penuh kenyakinan serta melaksanakan segala suruhan dan meninggalkan larangannya .

Maksud Islam ialah , Agama ciptaan Allah yang lengkap lagi sempurna dengan segala peraturan dan undang-undang yang merangkumi penyusunan kehidupan manusia , baik yang mengenai orang perseorangan , kekeluargaan, kemasyarakatan dan kenegaraan sekaligus menghubungkan manusia dengan Tuhan dan manusia dengan alam sejagat bagi menjamin kesejahteraan , keselamatan , kesempurnaan dan kebahgiaan di dunia dan akhirat .



Islam sebagai “Ad-Dinn” mengajar dan menyuruh umatnya berpandangan jauh dengan mengambil kira kepentingan dunia dan akhirat secara seimbang dan seiring. Islam memberi perhatian kepada kepentingan jasmani sama diberi kepada kepentingan rohani, agama dan kemajuan di dunia dan akhirat.


Pengertian “Ad-Dinn”



Perkataan “Ad-Dinn”dalam bahasa arab membawa pengertian kepada agama. Maksudnya suatu cara hidup atau atau bentuk hidup atau peraturan hidup atau suatu pegangan hidup . Islam ialah agama dan tidak semua agama itu Islam . Maka jika dua perkataan itu digandingan , ia menjadi  Agama Islam yang memabwa maksud suatu pegangan hidup atau cara hidup yang menjamin segala keselamatan di dunia dan akhirat . 
Firman Allah ;

“Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam .”, Al-Imran ayat 19.

Bagaimana dengan yang lain seperti Budha, Hindu, Nasrani dan lain-lain pula?

Menjawab persoalan ini, selain itu adalah kepercayaan bukannya agama. Kepercayaan yang dicipta oleh makhluk yang bernama manusia dan jin kerana ada sesetengah berpendapat jin juga beragama dan mempunyai kepercayaan dan hidup seperti kita bezanya hanya mereka melihat kita dan kita pula tidak melihat mereka. Ops…saya bukan mahu mencerita mengenai jin di sini. icon smile Tiada Agama Lain Selain Islam

Terhadap kita agama mungkin banyak tetapi itu bukanlah agama yang sebenar tetapi hanya kepercayaan terhadap kuasa yang besar dan hanya agama Islam sahaja diperakui oleh Allah dan diterima Allah. Semoga pembaca faham dan tidak terkeliru mengenai agama dan kepercayaan melalui firman Allah yang saya sebutkan di atas.

Wallahualam…

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum . Moga diredhai Allah Taala . Amin..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...