Monday, February 14, 2011

:: Kalam Imam Syafie -4 Perkara- ::

Empat perkara menguatkan badan

1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. Kerap mandi
4. Berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan

1. Banyak berkelamin (bersetubuh)
2. Selalu cemas
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata

Friday, February 11, 2011

[The Vatican] Istilah Yang Wajib Anda Fahami

Saya pun memang tak nak baca sangat artikel ini , tapi mungkin satu hari nanti ianya penting sangat buat kita. .jika itu kehendakNya.insyaALLAH.....



Istilah Yang Wajib Anda Fahami

Vatican
-         pusat pemerintahan agama Christian (mazhab Roman Katolik).
-         terletak di Rom.

Paus
-         ketua agama Christian Sedunia,
-         jawatan ini sekarang dipegang oleh manusia bernama Pope Benedict
-         Benedict = bermaksud terakhir

Lucifer
-         adalah nama lain bagi Iblis (seperti dalam catatan Al-Quran)
-         beliau adalah makhluk dari kalangan makhluk berakal Jin
-         dahulunya beliau bernama Azazil
-         Azazil menjadi pegawai peringkat tertinggi di alam langit sehingga dapat memimpin malaikat
-         keengganan Azazil sujud “tanda hormat” pada jasad manusia bernama Adam menyebabkan dia disumpah
-         lalu Azazil ditarik nikmat pegawai terhebat dan menjadi sehina-hina mahluk berakal
-         maka, Azazil = Iblis (adalah makhluk yang sama, sedangkan anak-anaknya bernama Syaitan)
-         Iblis jumlahnya 1 makhluk sahaja, sedangkan syaitan berjumlah berbillion…

Luahan ketidakpuasan hati seorang lelaki terhadap wanita

Kelmarin saya mendapat satu email dari yahoogroup saya. Ia merupakan rintihan seorang lelaki sudah berkahwin ( jika belum kahwin, mungkin lebih dahsyat cabarannya) yang masih mempunyai iman tetapi sedang diuji dengan begitu kritikal oleh suasana sekelilingnya, terutamanya oleh wanita.

Berikut adalah emailnya :-

 Assalamualaikum, 

 (minta admin padam nama saya sebelum release)
Boleh dikatakan setiap hari saya berperang dengan nafsu, sakit jiwa dan mental dibuat nyer, tak tau sampai bila dan sampai mana boleh tahan. Nak dimudahkan cerita, boleh dikatakan setiap hari hidup ni berhadapan dengan perempuan-perempuan yang menghairahkan depan belakang kanan kiri (celakalah keatas kamu!!!).

Tolonglah wahai wanita, aku ingin jaga mataku dan imanku

95% jiwa memberontak nak melakukan seks bebas/zina.. 5% jer tinggal sebab takut nanti Allah marah dan sebab kerana aku orang Islam, nasib baik Islam tak bagi. Jalan kearahnyer cukup mudahhhh, sangat mudah bagi saya, tak payah rogol-rogol atau paksa atau bayar. Free sahaja, dah macam-macam strategi saya gunakan untuk penjarakan nafsu ini, sampai membuat perintah berkurung tak payah keluar rumah tapi mana boleh setiap hari, mesti juga kena keluar pergi kerja.

Hukum: Muslimah papar wajah



(1) “ Perempuan yg memotong badannya sendiri dgn gunting api neraka, kerana ia memperkenalkan dirinya kpd org lain.”




Yang dimaskudkan oleh hadith tersebut ialah wanita yang mendedahkan aurat untuk tontonan umum atau wanita yang bersolek dan berhias untuk ditunjukkan kepada lelaki yang bukan mahramnya.
Oleh itu janganlah seorang wanita meletakkan gambarnya yang mendedahkan aurat ATAU berhias cantik didalam internet samada dalam frienster atau lainnya sekalipun dengan niat mencari sahabat atau merapatkan ukhuwwah.
Menyertai frienster tidak semestinya perlu menonjokan kecantikan wajah atau tubuh badan.
Menulis dengan tulisan2 yang baik juga boleh merapatkan ukhuwwah dan mengembangkan tali persahabatan diantara sesama manusia.

(2) wajah wanita adalah sebesar2 fitnah yang mengundang berbagai maksiat dan dosa.
lagipun wanita adalah fitnah trbesar bagi lelaki.

Tanda-tanda Kejujuran orang yang Bertaubat

Sebatas mengucapkan taubat bukanlah bukti kejujuran melakukan taubat, selama orang yang bertaubat tidak menunjukkan tanda-tanda yang menjadi bukti nyata taubat. Di antara tanda-tanda yang menunjukkan kejujuran orang yang bertaubat adalah:

1. Meninggalkan dosa dan menggantinya dengan ketaatan. Ini adalah bukti kepekaan hati, penyesalan terhadap dosa, dan keinginan untuk bertaubat.

2. Berkeinginan untuk meninggalkan dosa masa lalu dan memperbaiki yang akan datang. Jika pada masa lalu sering meninggalkan ibadah, berbuat dzalim, melakukan kesalahan yang tidak menyebabkan denda, maka hendaknya hamba bersedih karena dia telah melakukan itu semua. Ini adalah bukti pengagungan Allah dalam hati, ketakutan yang sangat akan murka-Nya, pengharapan terhadap ridha-Nya, dan keinginan untuk meraih surga-Nya.

3. Bumi baginya terasa sempit sebagaimana sempitnya bumi bagi Ka’ab bin Malik dan kedua sahabatnya, sehingga dia akan merasa sedih dan menangis yang menghindarkannya dari sendau gurau dan tertawa.

4. Hendaknya keadaan setelah taubat lebih baik dari sebelumnya. Allah berfirman :

"Kemudian Adam menerima beberapa kalimat dari Tuhannya, maka Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang." (Q.S. al-Baqarah : 37)

An-Nisaa

Ya Allah..
Jadikan aku tabah seperti Ummu Khadijah
Sehingga dirinya digelar afifah solehah
Dialah wanita pertama
Tiada ragu mengucap syahadah
Pengorbanan bersama Rasulullah
Susah senang bersama
Walau hilang harta kerana berdakwah
Walau dipulau 3 tahun 3 bulan
Imannya sedikit pun tak berubah

Mampukah aku setabah dirinya?
Andai diuji sedikit sudah rebah..
Baru dihina sudah mengalah
Ya Allah..tabahkan aku sepertinya..
Ya Allah..
Jadikan aku semulia Fatimah Az-Zahrah
Betapa tinggi kasihnya pada ayahandanya
Tidak pernah putus asa pada perjuangan dakwah baginda
Anak yang semulia peribadi baginda
Tangannya lah yang membersihkan luka
Tangannya jua yang membersihkan cela
Pada jasad Rasulullah tercinta
Gagahnya dirinya pada dugaan
Mampukah aku sekuat Fatimah?
Saat diri terluka dendam pula menyapa
Saat disakiti maki pula mengganti
Ya Rabbi..teguhkan hatiku sepertinya..

Apakah Anda wanita yang Sholehah lagi mulia didapan Roob-Nya? "YA"

Ya, dengan senyum cantik Anda yang membangkitkan rasa cinta dan menebar kasih sayang kepada orang lain.

Ya, dengan tutur kata baik Anda yang dapat menjalin persahabatan yang dianjurkan syari’at dan menghapus semua
       rasa dengki.

Ya, dengan ketulusan derma Anda yang dapat membahagiakan orang miskin, mengembirakan orang kafir, dan
       mengenyangkan orang yang lapar.

Ya, dengan duduk manis bersama Al-Qur’an seraya membaca, merenungi makna, mengamalkan kandungannya,
       bertobat, dan memohon ampun pada-Nya.

Ya, dengan banyak dzikir, memohon ampun, rajin berdo'a, dan suka memperbvaharui tobat. 

Ya, dengan mendidik anak-anak Anda untuk mendalami agama, mengajari mereka sunnah, dan membimbing mereka
       kepada hal-hal yang berguna bagi mereka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...