Friday, December 17, 2010

::Sanggup Terjun ke Dalam NERAKA...::

''Ada di kalangan manusia memohon kepada ALLAH supaya segala rahsia keburukan diri tidak didedahkan di khalayak ramai.''

Pertemuan dengan Allah adalah pertemuan yang pasti. Mukmin yang soleh bukan sekadar bertemu dengan Allah,malah dapat menatap wajah Tuhan yang hanya dianugerahkan kepada hambaNya yang MUTTAQIN sebagaimana pernah diceritakan dalam kitab. Tetapi golongan yang 'ASHI tetap bertemu dengan Allah tetapi tidak dapat menatap wajah Tuhan Ynag Maha Agung. Sekiranya golongan 'ashi x dapat menatap apatah lagi orang yang kufur kepadaNya.


Pada hari yang dijanjikan tiada jurubahasa mahupun perantara antara kita dan Tuhan.Segala pendedahan dilakukan oelh Allah sendiri dimana dalam hadis,Rasullah menyatakan bahawa setiap hamba pasti berdepan dengan Allah tanpa sebarang juru bahasa.Dan juga terdapat di kalangan manusia yang memohon kepada Allah supaya segala rahsia diri tidak didedahkan di hadapan khalayak ramai.

Sesetengah dari mereka anggap lebih baik mereka dicampakkan terus ke nerakan asalkan segala perbuatan keji mereka tidak didedahkan.Rasa malu yang tidak tertanggung bakal dirasai, apabila keabain diri menjadi tontonan orang ramai.Bukan berti pilihan itu lebih baik tetapi itulah realiti di padang masyar kelak di saat Allah melaksanakan sesi Yaumul 'Ardh.


''Tiada seorang pun antara manusia di akhirat kelak kecuali dia akan berhadapan dengan Allah. Antara manusia dan Allah tiada jurubahasa''.H.R.Muslim...

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum . Moga diredhai Allah Taala . Amin..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...