Sunday, December 25, 2011

Usrah : Hamba Allah SWT

Puji-pujian hanya untuk Allah SWT.Selawat dan salam buat Nabi junjungan,Rasulullah SAW , para keluarga dan para sahabat baginda.






Saya memeluk tubuh.Sudah dua tahun setengah berada di bumi Eropah menyebabkan saya terpaksa beli baju sejuk lebih.Tapi itu tidak menjadi masalah bagi saya kerana keberadaan saya di sini hanyalah untuk menuntut ilmu.Ilmu sains.Disamping itu,dengan rahmat-Nya,akhowat dari universiti Nottingham mengajak saya untuk bersama-sama berusrah di masjid selepas solat maghrib.

Alhamdulillah =')
Malam itu,saya menulis beberapa idea untuk berusrah esok kerana esok adalah giliran saya.Saya tidak tidur meskipun mata saya meminta untuk tidur.Setelah berpuas hati dengan idea-idea tersebut,saya masuk ke bilik.Saya tengok jam,sudah pukul 3:30 am.Sayang pulak rasanya nak tidur.Rasanya sudah lama saya tidak solat Tahajjud.Rindu rasanya.Allah.Perasaan saya berperang antara satu sama lain.Nak atau tak nak?.
" Wahai hati,Allah beri kau waktu untuk bermunajat padanya.Luangkanlah masamu wahai diri.Karna belum tentu engkau dapat berTahajjud keesokan harinya"
 Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Tuhan kita turun setiap malam ke langit dunia pada sepertiga malam terakhir, dan menyatakan, ‘Siapa yang berdoa kepadaku, pasti aku kabulkan. Sesiapa yang memohon kepadaku, pasti aku beri, dan sesiapa yang memohon ampun kepadaku, pasti aku ampuni.’” (Hadis Riwayat Al-Jama’ah).
 Saya bermuhasabah.Benar,kalau esok ditakdirkan mati.Saya tak sempat nak berTahajjud meskipun saya sudah berniat untuk melakukannya.Fadhilat bertahajjud ini banyak faedahnya.Beberapa keutamaan yang diperoleh oleh para pengamal solat malam adalah:

  • Tercatat sebagai orang yang baik dan berhak mendapat anugerah rahmatnya (Surah adz-Dzariyat ayat 15 hingga 18).
  • Mendapat penyempurnaan di atas kekurangan dalam ibadat wajibnya, hingga dapat menempati darjat yang terpuji (Surah al-Israk ayat 79).
  •  Mendapat pujian daripada Allah (Surah al-Furqan ayat 63 hingga 64).
  •  Dilihat sebagai orang yang beriman (Surah as-Sajadah ayat 16).
  •  Darjatnya dibezakan dengan orang yang malas (Surah az-Zumar ayat 9).
Allahuakhbar!Takbiratul ihram diangkat.Subhanallah.Saya rasa dunia ini seperti saya yang punya.Terbit rasa cinta dan rindu pada sang Pencipta,Allah SWT.Tenang , sepi dan sunyi membuatkan saya khusyu' daripada biasa.Membaca al-Quran dan mentadabburnya menyedarkan saya bahawasanya saya lalai selama ini.Lalai  dengan duniawi sampai saya lalai untuk mengetuk pintu hati untuk membaca al-Quran.Oh,tarikan dunya.Berzikir menginsafi bahawa diri hanyalah hamba kerdil dihadapan-Nya.Menangis dan terus menangis.Saya pegang dada,kening bertemu tempat sujud,tenang hadir disaat saya sujud lama dihadapan-NYA.Senyuman saya terukir dibibir.Manis.hehe
Ya Allah,semoga aku diberi kesempatan untuk bertahajjud lagi ya Rabb.Positivekan hati minda dan hatiku.Lindungilah ia dari kemaksiatan dan karat-karat jahiliah.ya Allah ya Tuhanku,ampunilah dosaku dan dosa ibu bapaku.Kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani aku sewaktu aku masih kecil.Sampaikanlah mereka ke syurga Firdausi-Mu ya Rabb dan sampaikanlah mereka ke Baitullah-Mu ya Allah..Amin......................
Pagi itu saya bersemangat seperti biasa.Memulakan hari dengan bismillah dan menuntut ilmu.Sahabat sahabiah saya berjalan berdua-duaan.Kalau berjalan seiring,sesaklah jalan alamatnya.huhu.Biarpun saya mengambil ilmu sains,tetapi sahabat sahabiah ada menuntut ilmu usuluddin.Mereka itu lebih tahu daripada saya.Kadang-kadang saya bertukar-tukar ilmu dan pendapat dengan mereka.Islam dan Sains.Em,tidak lepas ;)



Selepas solat maghrib,dengan lafaz bismillah.Saya menutur bicara kata.


A'uzubillahiminassyaitaniirajim.Bismillahirrahmanirrahim.Puji-pujian buat Allah semesta alam,pentadbir alam dengan keagungan dan kekuasaan-NYA.Selawat dan salam buat Nabi junjungan,Rasulillah SAW , para keluarga dan para sahabat-sahabat baginda.


Assalamualaikum wrbt sahabat usrah yang dikasihi Allah sekalian.Kita dilahirkan didunia ini tidak lain dan tidak bukan adalah hanya untuk beribadah kepada-NYA.Firman Allah SWT dalam surah Adz-Dzariyat ayat 58


"Dan tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia kecuali untuk Beribadah kepada-KU " Itu sudah cukup jelas wahai sahabat sekalian bahawasanya kita ini diperintahkan supaya beribadah kepada-NYA.Janganlah kita langgar perintah-NYA.Solat fardhu itu wajib.Tapi kita extrakan lagi dengan solat-solat sunat.Solat sunat Tasbih,solat sunat Dhuha,solat sunat Hajat.Semuanya mempunyai kelebihan-kelebihan yang menakjubkan.Kalau tidak boleh buat semua,janganlah tinggal semuanya.Jadilah hamba Allah yang baik,jangan sesekali ingat perintah-NYA.Semuanya ada balasan!


Ana memberi contoh, biasanya bila kita dijalan raya.Mesti ada peraturan-peraturannyakan.Kalau kita langgar peraturan , kita akan disaman.Hilang duit begitu sahaja.Sama juga dengan kita.Kalau kita langgar perintah-Nya,dosa.Kalau dosa , jika tak sempat bertaubat.Nauzubillahiminzalik.Sama juga dengan traffic light ,


 Diantara ramai orang yang patuh dengan warna merah pada lampu isyarat,lalu memberhentikan kereta dan sabar menunggu sehingga warna hijau mengambil tempat,pasti ada di kalangan mereka ,individu yang kurang sabar dan gopoh lantas mengabaikan isyarat merah ; kenderaan terus dipace kehadapan tanpa sedar tindakannya itu boleh mengundang bahaya pada nyawa dan tubuh badan,bukan pada dirinya,bahkan kepada orang lain yang berada disekitarnya. 


Begitulah dalam kehidupan ini wahai sahabat, Allah SWT ,sebagai TUHAN yang menciptakan manusia , telah menurunkan  syari'at-NYA sebagai 'lampu merah cinta' bertujuan mengatur kehidupan manusia didunia agar selamat dan terhindar dari bahaya .Namun,sayang....masih wujud insan-insan yang tega 'melanggar' lampu isyarat cinta-NYA ini dengan anggapan ia mengekang,menyusah dan melambatkan mereka mencapai apa-apa tujuan hidup.


Ingatlah...adanya lampu isyarat lalulintas, bukanlah bermaksud untuk menghambat laju kemderaan, melainkan ia adalah untuk mengatur mengatur perjalanan agar aman dan lancar.Lalu,demikian juga, adanya syari'at bukanlah untuk mengekang kehidupan, tetapi justeru untuk memandu manusia agar kehidupan mereka berjalan dengan selamat di dunia dan juga di akhirat sana.Oleh itu,patuhilah perintah-NYA kerana ianya bukanlah satu penyusahan tetapi kebaikan untuk kita semua.MasyaAllah.sesungguhnya,Allah sayang kita ;) ,Wassalam "

Saya tersenyum saat melafazkan khalimah itu.Khalimah 'mahal' padaku. Allah loves us.Tidak pernah sesekali Allah meninggalkan kita.


KecintaanKu pasti akan diberikan kepada orang-orang yang saling mencintai keranaKu, KecintaanKu berhak diperoleh untuk orang-orang yang saling mengunjungi keranaKu, KecintaanKu berhak diperoleh untuk orang-orang yang saling memberi keranaKu, KecintaanKu berhak diperoleh untuk orang-orang yang saling menjalin persaudaraan keranaKu” … (Riyadhus Salihin)

nota kaki:Maaf, tulisan kurang matang.Perbincangan usrah itu sedikit sebanyak saya share dari SINI . InsyaAllah akan terus memperbaiki.Jazakillah =))

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum . Moga diredhai Allah Taala . Amin..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...