Showing posts with label Petua. Show all posts
Showing posts with label Petua. Show all posts

Thursday, December 23, 2010

Panduan Hindari Zina...


Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda;
"Sesungguhnya Allah telah menentukan bahagian zina pada keturunan Adam (manusia), ketentuan ini tidak dapat ditolak. Zina kedua mata adalah pandangan, zina lisan adalah perkataan, sementara nafsu yang berangan-angan dan menginginkan, lalu kemaluan yang membenarkan dan mendustakannya." [Riwayat Muslim]

Desakan jiwa yang meronta lantaran suasana sekeliling, hambatan hati yang mendengus lantaran keadaan persekitaran yang terbuka, semangat ingin mencuba lantaran ajakan atau perlian kawan yang mendesak, keghairahan nafsu serta bisikan syaitan yang berterusan, semuanya itu merupakan faktor atau punca beraninya manusia melakukan larangan serta tegahan Allah, termasuk melakukan dosa besar; zina.

Untuk mengelakkan berlakunya zina, panduan berikut perlu diusahakan.;


Panduan 1: 
Menuntut Ilmu.

Tuntutlah ilmu supaya datangnya kesedaran tentang haramnya zina serta bencananya. Mengetahui hukum adalah langkah yang paling asas untuk mengukuhkan iman. Hadirilah majlis ilmu kerana belajar dengan berguru akan menjadikan kita terpimpin.

Thursday, December 16, 2010

:: Petua Untuk Mendapatkan Rezeki Yang Melimpah ::


1. Selalu berusaha dengan sebaik-baiknya, baik sebagai pengusaha, pegawai, pekerja, pedagang, dan lain-lain yang pada dasarnya dapat menghasilkan wang.

Firman Allah : " Dialah Allah yang menjadikan Bumi ini mudah bagi Kamu, maka berjalanlah disegala penjuru dan makanlah sebagian dari Rezeki-NYA. Dan hanya kepada-NYA lah kamu
( kembali setelah ) dibangkitkan ". ( QS Al Mulk : 15 )

2. Bertakwa dalam erti menjalankan segala perintah Allah serta menjauhi segala larangan-NYA.
Firman Allah : " Dan barang siapa yang bertakwa pada Allah, maka baginya akan diberikan jalan keluar dan akan diberikan Rezeki yang datangnya tanpa disangka-sangka ".QS Ath Tholaq : 2-3

3. Banyak membaca Istighfar. Iaitu memohon keampunan dari Allah SWT, atas segala dosa dan kesalahan. Firman Allah : " Mohonlah Keampunan kepada Tuhanmu, sesungguhnya dia adalah Maha Pengampun, nescaya DIA akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan pula sungai-sungai ". ( QS Nuh : 10-12 )

" Memperbanyak Istighfar itu dapat mendatangkan ( menarik) rezeki " ( Lubabu al Hadits)

4. Bertawakal kepada Allah iaitu berserah diri dan menyandarkan segala urusan kepada Allah jua, seraya mohon pertolongan atas keberhasilan untuk memperoleh Rezeki yang lapang dan halal. Firman Allah : " Dan barang siapa ber Tawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan ( keperluan )-nya ". ( QS Ath Thalaq : 3 )

Monday, December 13, 2010

Petua Untuk Mudah Bangun Subuh

  • Tidur awal sekitar 10 atau 11 malam supaya tidur anda mencukupi.
  • Ambil wuduk sebelum tidur.
  • Tanam azam di dalam diri untuk bangun awal.
  • Baca surah Al-Mulk, tiga Qul dan doa sebelum tidur.
  • Pasangkan niat; “Aku nak bangun pukul …. kerana Allah s.w.t.”
  • Maafkan semua orang sebelum tidur.
  • Elakkan makan makanan berat sebelum tidur.
  • Elak diri dari melakukan maksiat sebelum tidur.
  • Gunakan jam loceng atau alarm di telefon bimbit untuk membantu anda. Pastikan ia berkualiti.
  • Minta tolong orang lain seperti ibu atau rakan untuk mengejutkan anda. Mungkin minta mereka simbahkan air atau urut ibu jari anda sekiranya masih sukar untuk bangun.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...