Thursday, January 13, 2011

| Fikir Zikir |




Hati yang selalu mengingati tuhan, Lidah yang basah senantiasa berzikir...
Fikiran yang sentiasa berpasak pada keagungan tuhan,
Indahnya.....

"  Jika kita hendak mengukur cinta Allah pada kita, ukurlah betapa dalam cinta kita pada Allah."

Segala-galanya terletak pada diri kita sendiri. Di mana Dia dihatiku??

Allahu rabbi...
Seringkali kita berzikir, terfikir pula, benar-benar khusyukkah kita? benar-benar ingatkah kita pada Dia Yang Maha Agung? Benar-benar sungguhkah kita memanggil Dia Raja segala Raja atau sekadar ucapan basi??

Astaghfirullahalazim...




Lantas, bagaimanakah hendak berzikir dengan khusyuk dan tenang? sehingga kita benar-benar dapat menghayati alunan zikir kita?

1.Ikhlas- pastikan hati kita benar-benar ikhlas dalam beribadat walaupun ianya semudah zikir. Janganlah kita terikut-ikut rentak orang yang berzikir laju, bernada tinggi dan keras sebaliknya lembutkanlah alunan zikir kita, biar ia menyentuh hati, menggetarkan gegendang telinga dan didengari minda.yakni, kita tahu apa yang kita sebut dan zikir itu hanyalah untuk Allah bukan untuk pujian manusia.

2.Kenali dan hayati sifat-sifat Allah. - zikir bererti kita memanggil-manggil Allah. Siapakah yang kita panggil itu? Kenalilah Allah, Dialah Yang Khalik, Yang Maha Agung, Yang Kudus... Apabila berzikir, hayati nama-nama tersebut, biar kehebatanNya dapat dirasai dan menggetarkan hati kita.

3.Pilih waktu yang tenang - carilah waktu yang kita dapat bersendirian dengan Tuhan, tidak diasak dengan urusan dunia, dan amukan fikiran yang bercelaru, seperti bangun di tengah malam. Mudah-mudahan hati kita tenang dengan berzikir.

4.Mengingati dosa -dosa lalu - memohon ampun pada Allah dengan bersungguh-sungguh apabila mengenang dosa-dosa kita yang lalu. Kenang juga akan hakikat kita sebagai hamba yang hanya mengemis dan mengharap kasih tuhan. Kenang juga akan segala nikmat yang Allah telah curahkan pada kita.

5.Menangis -hati yang keras kerana dosa pasti akan susah mengalirkan air mata. jika tak mampu menangis, berpura-puralah menangis dalam zikir kita. mudah-mudahan Allah sudi memandang dan menyahut panggilan kita.

6.Ketahui fadhilat (kelebihan) zikir- setiap kalimah ada kelebihannya tersendiri. Dengan mengetahui kelebihan mengamalkan ayat-ayat tertentu, dapat menambahkan keyakinan dan meneguhkan lagi amalan kita.Contohnya, memulakan setiap pekerjaan dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim itu dapat mengundang keberkatan dalam pekerjaan tersebut. Mudah-mudahan dipermudahkan urusan.

7.Yakin - yakin, bahawa Allah sedang melihat, dan mendengar kita. Jika kita berzikir sambil lewa, Allah juga akan melayan panggilan kita sambil lewa.

Astaghfirullahalazim...peringatan untuk diri ini juga yang sering leka dalam mengingati Allah... (T__T) 

Maafkan hati ini bila tak sempurna mencintaiMu..

1 comment:

Assalamualaikum . Moga diredhai Allah Taala . Amin..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...