Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Friday, December 17, 2010

Kisah perempuan miskin, lembu tua dan Gaza

Mungkin kisah ini agak panjang tapi penuh dengan pengiktibaran. Kisah benar ini berlaku di salah sebuah daerah di Yaman dan ianya terjadi dalam bulan Januari lalu. Kisah benar ini telah di paparkan di dalam sebuah majalah Arab 

Kisah penderitaan dan keperitan yang dilalui oleh penduduk Gaza tersebar ke seantero dunia. Semua marah, benci, kesumat dan mendidih pedih. Lebih banyak yang terasa sayu dan terharu apabila kanak-kanak kecil comel dan wanita menjadi korban muntahan peluru dan darah membasah bumi tanpa henti. 

Tragedi dasyat ini sampai juga ke pengetahuan seorang perempuan tua yang hidup miskin di salah sebuah kampung di Yaman. Sama seperti orang lain, dia juga turut sedih dan bersimpati dengan apa yang berlaku di Gaza. 

Lantas suatu hari, dia berazam untuk cuba membantu sekadar mampu. Dengan semangat tinggi dan perasaan simpati amat sangat, dia berhajat menyedekahkan satu-satu hartanya iaitu seekor lembu tua kepada penduduk Gaza. 

Dia lalu berjalan kaki ke salah sebuah masjid di Yaman sambil menarik lembu harta kesayangannya itu. Kebetulan hari itu Jumaat dan para jemaah sudah memenuhi pekarangan masjid untuk melaksanakan solat Jumaat. 

Para jemaah merasa hairan melihat gelagat perempuan tua itu dengan lembunya berada di sisi luar masjid. Ada juga yang tersenyum-senyum malah ada yang terpinga-pinga melihat gelagat perempuan itu setia berdiri di sisi lembunya. Gilakah perempuan ini? 

Masa berlalu, jemaah masjid walaupun khusyuk mendengar khutbah imam namun sesekali memerhati dua makhluk Allah itu. Perempuan dan lembu itu masih di situ seolah-olah sedang menunggu sesuatu. 

Sebaik selesai solat Jumaat, tiba-tiba perempuan itu dengan tergesa-gesa mengheret lembu itu betul-betul di depan pintu masjid sambil meminta jemaah memanggil tuan imam. Sambil menantikan kedatangan tuan imam, ramai juga jemaah yang tidak berganjak dan perasaan ingin tahu, apakah bakal dilakukan oleh perempuan tua itu dengan tuan imam. 

Tatkala keluar imam masjid, perempuan tua itu lantas berjumpa dan berkata :" Wahai imam, aku telah mendengar kisah sedih penduduk di Gaza . Aku seorang yang miskin tetapi aku juga ingin turut serta membantu. Sudilah kau terima satu-satunya lembu aku ini untuk di berikan kepada penduduk di sana ." 

Monday, December 13, 2010

Quran Diturunkan Untuk Apa?

Untuk dipertandingkan setiap tahun? Untuk dibaca sebagai halwa telinga pada majlis-majlis tertentu?  Untuk dipelajari hanya sekadar maklumat semata-mata? Untuk apa sebenarnya al-Quran itu diturunkan? Di sinilah pemahaman yang benar terhadap al-Quran perlu ada di dalam pemikiran setiap dari kita umat Islam hari ini - tidak kiralah samada rakyat biasa mahupun para pemimpin. Setiap dari kita mempunyai kewajiban terhadap al-Quran. Kita wajib mempelajarinya, memahaminya dan melaksanakan isi kandungannya.

Sebagai seorang Muslim kita perlu menyedari bahawa al-Quran yang ada di dalam dada-dada kita, yang tersimpan di rumah-rumah kita dan yang tersusun rapi di masjid-masjid perumahan dan kampung-kampung adalah merupakan sebuah kitab yang diturunkan oleh Allah SWT sebagai petunjuk kepada manusia. 



”Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. ” [TMQ  Al Baqarah (2) :185].


 Persoalannya kini ialah - apakah kita hari ini, samada pihak individu, masyarakat mahupun negara telah menjadikan al-Quran sebagai petunjuk untuk mengatur kehidupan kita pada hari ini? Dalam konteks individu, mungkin masih ramai umat Islam yang menjadikan al-Quran sebagai petunjuk di dalam kehidupan mereka walaupun  ramai juga yang telah tersasar kehidupan mereka dari petunjuk al-Quran.


 Namun ini jauh berbeza dengan kehidupan masyarakat dan negara! Faktanya kita dapat melihat bagaimana di 



Luasnya Pintu Neraka!!..

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,

maka ditanya oleh nabi s.a.w.: .'Mengapa aku melihat kau berubah muka?''..

Jawabnya: ''Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikabarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa
aman dari padanya...''..

Lalu nabi s.a.w.. bersabda: ''Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.''..

Jawabnya: ''Ya.. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.''..

Nabi s.a.w. bertanya: ''Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?''..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...