Showing posts with label Hukum. Show all posts
Showing posts with label Hukum. Show all posts

Friday, December 17, 2010

:: Hukum chatting dengan bukan muhrim melalui internet dan telefon ::

Oleh : Syaikh Nashir bin Hamd Al Fahd
Soalan: Aku adalah seorang pemuda. Aku punya hobi melayari internet dan chatting. Aku hampir tidak pernah chatting dengan wanita. Jika terpaksa aku chatting dengan wanita maka aku tidaklah berbicara kecuali dalam hal yang baik-baik.
Kurang dari setahun lalu ada seorang gadis yang mengajak aku chatting lalu meminta nombor telefonku. Aku katakan bahawa aku tidak mahu menggunakan telefon dan aku tidak ingin membuat Allah murka kepadaku.
Dia lalu mengatakan, “Engkau adalah seorang pemuda yang sopan dan berakhlak mulia. Aku akan bahagia jika kita boleh berkomunikasi secara langsung”. Kukatakan kepadanya, “Maaf aku tidak mahu menggunakan telefon bimbit”. Kemudian dia berkata dengan nada kesal, “Terserah kamu kalau begitu”.
Selama beberapa bulan kami hanya berhubungan melalui chatting. Suatu ketika dia mengatakan, “Aku ingin nombor telefonmu”. “Bukankah dulu sudah pernah kukatakan kepadamu bahawa aku tidak mahu menggunakan telefonku”, jawabku. Dia lalu berjanji tidak akan menghubungiku kecuali ada hal yang mendesak. Kalau demikian aku sepakat.
Setelah itu selama tiga bulan dia tidak pernah menghubungiku. Akupun berdoa agar Allah menjadikannya bersama hamba-hamba-Nya yang soleh.
Tak lama kemudian ada seorang gadis kurang lebih berusia 16 tahun yang berakhlak dan sangat sopan menghubungi telefonku. Dia berkata dalam telefon, “Apa benar engkau bernama A?”. “Benar, apa yang boleh kubantu”, tanyaku. Dia mengatakan, “Fulanah, iaitu gadis yang telah kukenal melalui chatting, kirim salam untukmu”. “Salam kembali untuknya. Mengapa tidak dia sendiri yang menghubungiku?”, tanyaku. “Telefon rumahnya diawasi ketat oleh orang tuanya”, jawabnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...