Tuesday, April 5, 2011

"sesiapa menakluki palestine ( jerussalem baitulmaqdis ) mereka menguasai dunia"... SALAHUDDIN AL-AYYUBI



SALAHUDDIN al-Ayubi dilahirkan pada 532 Hijrah bersamaan 1138 Masihi di Kota Tarkit iaitu bahagian Tebing Barat Sungai Tigris, terletak di antara Mosul dan Baghdad.

Perang Hutain yang dipimpin oleh Salahuddin al-Ayubbi telah membuka ruang kepada pembebasan bandar al-Quds. Jumlah tentera Islam ialah 12 000 orang sementara tentera salib 50 000 orang. Jumlah tentera Islam dalam pembebasan Baitul Maqdis pula tidak sampai 12 000 orang sementara pihak tentera salib 60 000 orang.

Kumpulan kecil telah menang ke atas kumpulan besar dengan izin Allah.


Beliau mempersembahkan keseluruhan hidupnya untuk jihad di jalan Allah.

Semasa berjihad Salahuddin al-Ayyubi selalu membawa sebuah peti tertutup yang amat dijaganya. Orang terdekat menyangka terdapat berbagai batu permata dan benda berharga tersembunyi di dalamnya. Tetapi selepas wafatnya apabila peti dibuka maka yang ditemui hanyalah sehelai surat wasiat dan kain kafan yang dibeli dari titik peluhnya sendiri dan sedikit tanah.


Apabila surat itu dibuka tertulis " Kafankanlah aku dengan kain kafan yang pernah dibasahi air zam-zam ini, yang pernah mengunjungi kaabah yang mulia dan makam Rasulullah s.a.w. Tanah ini ialah sisa-sisa masa perang, buatkanlah darinya ketulan untuk alas kepalaku di dalam kubur"


Dari tanah tersebut dapat dibuat 12 ketulan tanah yang hari ini terletak di bawah kepala Salahuddin al-Ayyubi. Setiap kali Salahuddin al-Ayyubi kembali dari berperang yang dimasuki bertujuan berjihad kepada Allah, beliau akan berusaha mengumpulkan tanah-tanah yang melekat pada muka dan pakaiannya dan meletakkannya di dalam peti rahsia itu. Beliau telah berjaya mengumpulkan tanah yang boleh dibuat 12 ketulan,kiralah berapa banyak pertempuran yang dihadapinya kerana berjihad bagi menegakkan kalimah Allah!!

| Doa Rasulullah SAW |



Dari Syahr bin Hausyab r.a., ia berkata: "Aku bertanya kepada Ummu Salamah: "Ya Ummul Mukminin, doa apa yang paling sering diucapkan oleh Rasulullah SAW ketika beliau berada di rumahmu?" Ummu Salamah berkata: "Doa yang paling sering beliau baca adalah, "Yaa muqallibal qulub tsabbit qalbi' ala diinika" (Wahai dzat yang membolak-balikkan hati teguhkanlah hatiku di atas agama-Mu) ".
(HR. At-Tirmidzi)

Diriwayatkan dari Abdullah bin Amr bin al-'Ash r.a. ia berkata: Bahawa ia pernah mendengar Rasulullah SAW berdoa: "Allahumma musharrifal quluubana'ala thaa'atika" (Wahai Yang mengarahkan hati, arahkan hati kami kepada ketaatan-Mu)"
(HR. Muslim)

Diriwayatkan dari Anas r.a. bahawa doa yang paling banyak dibaca Rasulullah SAW adalah "Allahumma aatina fid dun-ya hasanah wa fil aakhirati hasanah wa qinaa adzaabanar" (Ya Allah, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharakanlah kami dari azab naar".
Publish Post(HR. Bukhari dan Muslim)

Diriwayatkan dari Abdullah bin Mas'ud r.a., bahawa Nabi SAW beliau berdoa: "Allahumma inni asalukal huda wat tuqa wal 'afaafa wal ghina" (Ya Allah sesungguhnya aku memohon kepada-Mu hidayah, ketaqwaan, kesucian dankecukupan) ".

Saturday, March 12, 2011

MIMPI RASULULLAH S.A.W..


Mimpi adalah sesuatu yang sering dialami oleh setiap manusia terutamanya di waktu sedang tidur. Adakala mimpi itu buruk dan ada pula yang baik. Apabila bermimpi sesuatu yang baik seperti sedang membaca Al-Quran,solat, disanjung orang dan seumpamanya, ucapkanlah syukur dan memuji Tuhan. Sebaliknya jika ia mengerikan dan menakutkan sehingga membuat kita keluh kesah, segeralah mengucap istighfar dan keampunan kepada Allah SWT.

Kadang-kadang mimpi itu akan menjadi kenyataan dan kadang-kadang ianya mainan tidur. Ulama-ulama dan wali Allah sering dapat melihat alam ghaib seperti suasana di dalam kubur (seksa dan nikmat) melalui mimpi.

Petikan dari sebuah hadis yang telah disebut oleh Imam As Sayuthi, Al Tabrani, Al Hakim At Termizi dan Al Isfahani dalam kitab mereka yang bermaksud:

1) Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi yang ajaib malam kelmarin. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatangi oleh Malaikat Maut untuk mengambil nyawa, maka malaikat itu telah terhalang oleh ketaatannya kepada kedua ibu bapanya.

2) Aku melihat juga seorang dari umatku telah disediakan untuk menerima seksa kubur, maka dia telah diselamatkan oleh kesan wuduknya. 

3) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan, maka ia telah dibebaskan dari bahayanya oleh berkat zikrullah. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...