Friday, January 7, 2011

| Rabiatul Adawiyah |

Rabiatul Adawiyah adalah seorang wali Allah yang mengabdikan dirinya kepada Allah. Kesabaran dan perjuangan harus dicontohi oleh wanita islam hari ini. Walaupun sejarah hidupnya bermula dari seorang wanita yang tidak mentaati Allah, akhirnya di memilih jalan sufi dalam mencari ketenangan hidup.
Kisah bermula pada zaman dahulu di mana kejahilan menyelebungi masyarakat arab kebanyakan sekolah agama telah ditutup. Ayah Rabiatul Adawiyah adalah guru agama tapi terpaksa menjadi pendayung sampan. Untuk menarik minat orang menaiki sampannya dia akan mendendangkan lagu yang merdu ketika mendayung sampan. Rabiatul Adawiyah sentiasa disamping ayahnya hinggalah dia dewasa, apabila ayahnya meninggal dunia. Dia menggantikan tempat ayah sebagai pendayung sampan dan mendendangkan lagu yang merdu. Mendengarkan suaranya yang merdu itu menarik hati seorang lelaki untuk membawanya untuk dipersembahkan kepada raja dan dia terpaksa berkhidmat untuk raja. Setiap hari dia menyanyi dan menuang arak kepada raja dan tetamu raja.



Tuesday, January 4, 2011

kaifiyat-memberi-salam





Nabi Muhammad SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

Menjadi trend pada hari ini kaedah memberi salam dan menjawab salam sudah tidak mengikut kaifiyat yang disarankan. Antara kesilapan dalam memberi salam dan menjawab salam ialah;-
1. SEKADAR menyebut salam ketika berjumpa atau menulis perkataan salam dalam sms atau e-mail atau di mana-mana ruang seperti facebook.contoh kesilapan ialah :" nanti kalau ko jumpa mamat tu ko kirim salam kat dia ya"

Cara yang betul ialah :" nanti kalau ko jumpa mamat tu ko kirim salam Assalamualaaikum kat dia ya.."

:: Sahabat ::


SAHABAT

Sahabat yang berhati mulia ibarat mentari yang menyinar.
Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan.
Sahabat sejati memberi kekuatan semasa kesusahan
dan juga menjadi pendorong impian.

Sahabat yang beriman membawa kita ke jalan Allah.
Oleh itu hargailah SAHABAT anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...