Saturday, April 30, 2011

Iman ada 70 Cabang ~

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM... ASSALAMUALAIKUM WBT . PUJI-PUJIAN HANYA UNTUK ALLAH TAALA TUHAN SEMESTA ALAM.
SALAM DAN SELAWAT KEATAS JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD SAW DAN KELUARGA BAGINDA SERTA PARA SAHABAT BAGINDA YANG DIRAHMATI ALLAH TAALA ...

Silakn bc,,skdr perkongsian:) Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda, “Iman itu memiliki tujuh puluh cabang (riwayat lain tujuh puluh tujuh cabang) dan yang paling utama ialah Laa ilaaha illa Allah, dan yang terendah ialah membuang duri dari jalan. Dan malu juga merupakan salah satu cabang iman.” (Ashhabus Sittah).

Banyak ahli hadits yang menulis risalah mengenai cabang iman di antaranya ialah : Abu Abdillah Halimi rah a dalam Fawaidul Minhaj, Imam Baihaqi rah a dalam Syu’bul Iman, Syaikh Abdul Jalil rah a dalam Syu’bul Iman, Ishaq bin Qurthubi rah a dalam An Nashaih, dan Imam Abu Hatim rah a dalam Washful Iman wa Syu’buhu.

Para pensyarah kitab Bukhari rah a menjelaskan serta mengumpulkan ringkasan masalah ini dalam kitab-kitab tersebut. Walhasil pada hakikatnya iman yang sempurna itu mempunyai 3 (tiga) bagian :

1. Tashdiq bil Qalbi, yaitu meyakini dengan hati,
2. Iqrar bil Lisan, mengucapkan dengan lisan, dan
3. Amal bil Arkan, mengamalkan dengan anggota badan.


Cabang iman terbahagi lagi menjadi 3 (tiga) bahagian, yaitu yang berhubungan dengan :

Saturday, April 9, 2011

Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan Taubat Nasuha

Rasulullah ﷺ bersabda maksudnya, "Tidak menjadi dosa besar perbuatan yang disertai istighfar dan bukanlah dosa kecil sekiranya dilakukan berterusan." (At-Tirmizi)

Rasulullah ﷺ bersabda lagi: "Siapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya satu titik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat, maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam." (Ibn Majah).


Tiada siapa yang terlepas dari berbuat dosa kecuali para Nabi dan Rasul-Rasul. Rasulullah ﷺ sendiri semenjak kecil Allah  (سبحانه وتعالى) pelihara dirinya dari terjerumus kepada dosa biarpun dosa kecil. Begitu pun baginda terpelihara dari dosa dan maksum, namun baginda bertaubat setiap hari tujuh puluh kali atau seratus kali.

قال أبو هريرة : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: والله إني لأستغفر الله وأتوب إليه في اليوم أكثر من سبعين مرة

'Demi Allah! Sesungguhnya aku meminta ampun kepada Allah dan bertaubat kepadaNya setiap hari lebih daripada 70 kali." (Bukhari: 6307)

Muhasabah Diri : Kisah RM10

"Ameen! Mari sini, nak!" panggil Ruslan.

Ameen yang sedang khusyuk bermain guli segera mendapatkan ayahnya.

"Kenapa, ayah?" tanyanya.

"Nah, ambil duit ni!" Ruslan memberikan sekeping not RM10 kepada anaknya yang baru berusia 9 tahun itu.

"Koyak duit itu sehingga lumat."

Tanpa membantah, Ameen mengoyak wang kertas itu. Kemudian, Ruslan memberikan pula sebuah bekas yang mengandungi banyak ais potong kepada Ameen.

"Kesemua ais potong ni kamu jual di sekeliling kampung. Dapat hasilnya kamu bawa ke mari," Ruslan memberi arahan yang seterusnya.

Lantas, Ameen keluar dari rumah sambil membawa bekas ais potong itu dan dijaja di sekitar kampung. Peluhnya mencurah-curah mengalir kerana menjual dari pagi sehingga petang. Panas terik langsung tidak dipedulinya kerana matlamatnya untuk mendapatkan hasil jualan itu. Habis sahaja kesemua ais potong itu, Ameen segera menemui ayahnya.

Ruslan mengira jumlah pendapatan hasil jualan itu dan mendapati kesemuanya bernilai RM10. Dia menyerahkan duit itu kembali kepada Ameen kemudian berkata,

"Sekarang kamu koyak duit-duit kertas ini."

"Apa?!" Ameen ternyata sangat terkejut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...