Saturday, December 31, 2011

Kubur rindukan anak Adam a.s yang soleh

Sekali Rasulullah s.a.w. masuk ke tempat sembahyang (musolla) dan baginda melihat beberapa orang sedang bergelak ketawa atau berbual kosong.

Lalu baginda bersabda yang bermaksud :

"Kalau kamu semua memperbanyakkan mengingati perkara yang melenyapkan segala kelazatan hidup, nescaya kamu akan menjadi sibuk (tekun beribadat) sepertimana aku melihat kematian."

"Oleh itu perbanyakkanlah mengingati mati kerana tidak berlalu satu hari melainkan kubur akan berkata, 'aku rumah kesepian, aku rumah keseorangan, aku rumah tanah dan aku rumah ulat dan cacing."

"Apabila dikebumikan hamba yang beriman, maka kubur berkata kepadanya, 'marhaban wa ahlan' (ucapan selamat datang), kamu adalah orang yang aku kasihi di kalangan mereka yang berjalan di atas belakangku, dan apabila aku menerimamu hari ini, lihatlah apa aku akan lakukan kepada kamu."

Sambung Nabi, "Maka kubur pun menjadi luas sejauh pandangan matanya dan dibukakan juga kepadanya pintu yang menghadap ke Syurga.."

"Dan apabila dikebumikan hamba yang berdosa dan kafir, maka kubur berkata kepadanya, 'la marhaban wa la ahlan' (yakni tidak diundang dan tidak diterima kehadirannya).' Engkaulah antara mereka yang paling aku benci yang berjalan di atas belakangku selama ini. Dan apabila aku menerima kamu hari ini, kamu akan saksikan apa yang bakal aku lakukan terhadapmu."

Sabda Nabi s.a.w yang maksudnya"Maka kubur pun sedikit demi sedikit mula menghimpit tubuhnya hingga bertemu rapatlah segala tulang belulangnya."

Rasulullah mengepal jari-jarinya lalu menyambung, " Dihantarkan kepadanya tujuh puluh ular besar lagi berbisa, jika seekor daripadanya menyemburkan bisanya ke atas muka bumi ini, nescaya tidak akan tumbuh sesuatu apa pun. Selama mana baki dunia ini, maka selama itulah dia akan dibelit dan dipagut ular-ular itu hinggalah tiba hari perhitungan (Yaumul Hisab)."

Nabi s.a.w bersabda lagi maksudnya :
"Kubur itu samaada sebuah taman Syurga ataupun sebuah lubuk api Neraka."
(Hadis Riwayat Abu Sa'id Al-Khudri r.a)

Sifat Api Neraka dan Ahlinya

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanatnya dari Abu Hurairah r.a berkata : Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : "Api Neraka telah dinyalakan selama seribu tahun sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun hingga putih, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga hitam gelap, bagaikan malam gelap kelam."

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud : " Sesungguhnya seringan-ringan siksa ahli Neraka iaitu seorang yang bersandal (selipar) dari api Neraka, dan dapat mendidihkan otaknya, seolah-olah di telinganya ada api, dan giginya berapi dan di bibirnya ada wap api, dan keluar ususnya dari bawah kakinya, bahkan ia merasa bahawa dialah yang terberat siksanya dari semua ahli Neraka, padahal ia sangat ringan siksanya dari semua ahli Neraka."

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik r.a. berkata : "Jibril datang kepada Nabi s.a.w. pada saat yang tiada biasa datang dalam keadaan yang berubah mukanya, maka ditanya oleh Nabi s.a.w. 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?' 
Jawabnya 'Ya Muhammad aku datang kepadamu pada sa'at di mana Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api Neraka, maka tidak layak bagi orang yang mengetahui bahawa Neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya.'

Lalu Nabi s.a.w. bersabda : 'Ya Jibril jelaskan kepadaku sifat Jahannam!'

Jawabnya, 'Ya ketika Allah menjadikan Jahannam maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun hingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli Neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yang disebut Allah dalam al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yang ketujuh.'

'Demi Allah yang mengutusmu dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa nescaya akan terbakar orang-orang yang dihujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasan besi, dan minumannya air panas  campur nanah, dan pakaiannya potong-potongan api. Api Neraka itu ada mempunyai TUJUH pintu, tiap-tiap pintu ada bahagian yang tertentu dari orang lelaki dan perempuan.'

Nabi s.a.w. bertanya 'Apakah pintu-pintu bagaikan pintu-pintu rumah-rumah kami?'

Jawabnya : " Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya dari bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan tujuh puluh ribu tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain tujuh puluh kali lipat ganda, maka digiring ke sana musuh-musuh Allah sehingga bila telah sampai ke pintunya disambut oleh Malaikat-malaikat Zabaniyah dengan rantai dan belenggu, maka rantai itu di masukkan ke dalam mulut mereka hingga tembus ke dubur, dan diikat tangan kirinya ke lehernya, sedang tangan kanannya dimasukkan dalam dada dan tembus ke bahunya, dan tiap manusia diganding dengan syaitannya lalu diseret tersungkur mukanya sampai dipukul oleh para Malaikat dengan pukul besi, tiap mereka ingin keluar kerana sangat risau maka ditanam ke dalamnya, kemudian Nabi s.a.w bertanya 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?'

'Jawabnya : 

Wednesday, December 28, 2011

Hadirnya Rahmat-MU ya Allah

Dia duduk menghadap laptop di hadapannya. Langsung tidak menghiraukan si dia yang tengah menonton televisyen – ceramah bersama Dato Masyitah. Siaran OASIS astro itu telah pun bertukar kepada Indahnya Iman yang bermaksud akan masuk waktu ...solat. Tiba-tiba, si dia bangun dan memandang dia yang tengah khusyuk membelek laptop di hadapan. “abang, maghrib dah nak masuk. Kita jemaah ya.” Si dia yang duduk di hadapan laptop itu senyap. Tersentak sebenarnya. Mana pernah solat. Nak jadi imam?

Huh,lawak antarabangsa betul. Macam mana dia boleh kahwin dengan ustazah ini pun tak tahu lah. Salah abahlah ni, pandai-pandai nak tentukan jodoh orang. Cari yang stok tudung labuh pulak tu. Okay,salah aku juga sebab pergi teguk kencing syaitan tu sapa suruh. Okay,salah aku lagi, angkut entah mana-mana perempuan untuk hiburan. Okay,salah lagi sebab selalu je aku balik lepas subuh sebab pergi kelab dan balik mabuk.

Okay, salah aku lagi, duit syarikat abah habis aku joli kan. Banyaknya salah aku. Jadinya,abah kahwinkan aku dengan Siti Syahirah binti Hj. Amran ni. Bukan itu je, abah hantar aku dengan dia duduk dekat Kepala Batas, Pulau Pinang ni. Itu okay lagi, abah ambil kereta sport aku – dan aku kena guna kereta isteri aku ni. Abah suruh aku uruskan syarikat dia dekat ceruk ni. Nak enjoy pun tak boleh, sebab ini Pulau Pinang bukan Kuala Lumpur. Enjoylah aku dengan laptop ni. Baru sehari duduk rumah ni, aku dah nak gila. Belum seminggu lagi. Kalau sebulan? Huh.



Sunday, December 25, 2011

Usrah : Hamba Allah SWT

Puji-pujian hanya untuk Allah SWT.Selawat dan salam buat Nabi junjungan,Rasulullah SAW , para keluarga dan para sahabat baginda.






Saya memeluk tubuh.Sudah dua tahun setengah berada di bumi Eropah menyebabkan saya terpaksa beli baju sejuk lebih.Tapi itu tidak menjadi masalah bagi saya kerana keberadaan saya di sini hanyalah untuk menuntut ilmu.Ilmu sains.Disamping itu,dengan rahmat-Nya,akhowat dari universiti Nottingham mengajak saya untuk bersama-sama berusrah di masjid selepas solat maghrib.

Alhamdulillah =')
Malam itu,saya menulis beberapa idea untuk berusrah esok kerana esok adalah giliran saya.Saya tidak tidur meskipun mata saya meminta untuk tidur.Setelah berpuas hati dengan idea-idea tersebut,saya masuk ke bilik.Saya tengok jam,sudah pukul 3:30 am.Sayang pulak rasanya nak tidur.Rasanya sudah lama saya tidak solat Tahajjud.Rindu rasanya.Allah.Perasaan saya berperang antara satu sama lain.Nak atau tak nak?.
" Wahai hati,Allah beri kau waktu untuk bermunajat padanya.Luangkanlah masamu wahai diri.Karna belum tentu engkau dapat berTahajjud keesokan harinya"
 Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Tuhan kita turun setiap malam ke langit dunia pada sepertiga malam terakhir, dan menyatakan, ‘Siapa yang berdoa kepadaku, pasti aku kabulkan. Sesiapa yang memohon kepadaku, pasti aku beri, dan sesiapa yang memohon ampun kepadaku, pasti aku ampuni.’” (Hadis Riwayat Al-Jama’ah).
 Saya bermuhasabah.Benar,kalau esok ditakdirkan mati.Saya tak sempat nak berTahajjud meskipun saya sudah berniat untuk melakukannya.Fadhilat bertahajjud ini banyak faedahnya.Beberapa keutamaan yang diperoleh oleh para pengamal solat malam adalah:

  • Tercatat sebagai orang yang baik dan berhak mendapat anugerah rahmatnya (Surah adz-Dzariyat ayat 15 hingga 18).
  • Mendapat penyempurnaan di atas kekurangan dalam ibadat wajibnya, hingga dapat menempati darjat yang terpuji (Surah al-Israk ayat 79).
  •  Mendapat pujian daripada Allah (Surah al-Furqan ayat 63 hingga 64).
  •  Dilihat sebagai orang yang beriman (Surah as-Sajadah ayat 16).
  •  Darjatnya dibezakan dengan orang yang malas (Surah az-Zumar ayat 9).
Allahuakhbar!Takbiratul ihram diangkat.Subhanallah.Saya rasa dunia ini seperti saya yang punya.Terbit rasa cinta dan rindu pada sang Pencipta,Allah SWT.Tenang , sepi dan sunyi membuatkan saya khusyu' daripada biasa.Membaca al-Quran dan mentadabburnya menyedarkan saya bahawasanya saya lalai selama ini.Lalai  dengan duniawi sampai saya lalai untuk mengetuk pintu hati untuk membaca al-Quran.Oh,tarikan dunya.Berzikir menginsafi bahawa diri hanyalah hamba kerdil dihadapan-Nya.Menangis dan terus menangis.Saya pegang dada,kening bertemu tempat sujud,tenang hadir disaat saya sujud lama dihadapan-NYA.Senyuman saya terukir dibibir.Manis.hehe
Ya Allah,semoga aku diberi kesempatan untuk bertahajjud lagi ya Rabb.Positivekan hati minda dan hatiku.Lindungilah ia dari kemaksiatan dan karat-karat jahiliah.ya Allah ya Tuhanku,ampunilah dosaku dan dosa ibu bapaku.Kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani aku sewaktu aku masih kecil.Sampaikanlah mereka ke syurga Firdausi-Mu ya Rabb dan sampaikanlah mereka ke Baitullah-Mu ya Allah..Amin......................
Pagi itu saya bersemangat seperti biasa.Memulakan hari dengan bismillah dan menuntut ilmu.Sahabat sahabiah saya berjalan berdua-duaan.Kalau berjalan seiring,sesaklah jalan alamatnya.huhu.Biarpun saya mengambil ilmu sains,tetapi sahabat sahabiah ada menuntut ilmu usuluddin.Mereka itu lebih tahu daripada saya.Kadang-kadang saya bertukar-tukar ilmu dan pendapat dengan mereka.Islam dan Sains.Em,tidak lepas ;)



Selepas solat maghrib,dengan lafaz bismillah.Saya menutur bicara kata.


A'uzubillahiminassyaitaniirajim.Bismillahirrahmanirrahim.Puji-pujian buat Allah semesta alam,pentadbir alam dengan keagungan dan kekuasaan-NYA.Selawat dan salam buat Nabi junjungan,Rasulillah SAW , para keluarga dan para sahabat-sahabat baginda.


Assalamualaikum wrbt sahabat usrah yang dikasihi Allah sekalian.Kita dilahirkan didunia ini tidak lain dan tidak bukan adalah hanya untuk beribadah kepada-NYA.Firman Allah SWT dalam surah Adz-Dzariyat ayat 58


"Dan tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia kecuali untuk Beribadah kepada-KU " Itu sudah cukup jelas wahai sahabat sekalian bahawasanya kita ini diperintahkan supaya beribadah kepada-NYA.Janganlah kita langgar perintah-NYA.Solat fardhu itu wajib.Tapi kita extrakan lagi dengan solat-solat sunat.Solat sunat Tasbih,solat sunat Dhuha,solat sunat Hajat.Semuanya mempunyai kelebihan-kelebihan yang menakjubkan.Kalau tidak boleh buat semua,janganlah tinggal semuanya.Jadilah hamba Allah yang baik,jangan sesekali ingat perintah-NYA.Semuanya ada balasan!


Ana memberi contoh, biasanya bila kita dijalan raya.Mesti ada peraturan-peraturannyakan.Kalau kita langgar peraturan , kita akan disaman.Hilang duit begitu sahaja.Sama juga dengan kita.Kalau kita langgar perintah-Nya,dosa.Kalau dosa , jika tak sempat bertaubat.Nauzubillahiminzalik.Sama juga dengan traffic light ,


 Diantara ramai orang yang patuh dengan warna merah pada lampu isyarat,lalu memberhentikan kereta dan sabar menunggu sehingga warna hijau mengambil tempat,pasti ada di kalangan mereka ,individu yang kurang sabar dan gopoh lantas mengabaikan isyarat merah ; kenderaan terus dipace kehadapan tanpa sedar tindakannya itu boleh mengundang bahaya pada nyawa dan tubuh badan,bukan pada dirinya,bahkan kepada orang lain yang berada disekitarnya. 


Begitulah dalam kehidupan ini wahai sahabat, Allah SWT ,sebagai TUHAN yang menciptakan manusia , telah menurunkan  syari'at-NYA sebagai 'lampu merah cinta' bertujuan mengatur kehidupan manusia didunia agar selamat dan terhindar dari bahaya .Namun,sayang....masih wujud insan-insan yang tega 'melanggar' lampu isyarat cinta-NYA ini dengan anggapan ia mengekang,menyusah dan melambatkan mereka mencapai apa-apa tujuan hidup.


Ingatlah...adanya lampu isyarat lalulintas, bukanlah bermaksud untuk menghambat laju kemderaan, melainkan ia adalah untuk mengatur mengatur perjalanan agar aman dan lancar.Lalu,demikian juga, adanya syari'at bukanlah untuk mengekang kehidupan, tetapi justeru untuk memandu manusia agar kehidupan mereka berjalan dengan selamat di dunia dan juga di akhirat sana.Oleh itu,patuhilah perintah-NYA kerana ianya bukanlah satu penyusahan tetapi kebaikan untuk kita semua.MasyaAllah.sesungguhnya,Allah sayang kita ;) ,Wassalam "

Saya tersenyum saat melafazkan khalimah itu.Khalimah 'mahal' padaku. Allah loves us.Tidak pernah sesekali Allah meninggalkan kita.


KecintaanKu pasti akan diberikan kepada orang-orang yang saling mencintai keranaKu, KecintaanKu berhak diperoleh untuk orang-orang yang saling mengunjungi keranaKu, KecintaanKu berhak diperoleh untuk orang-orang yang saling memberi keranaKu, KecintaanKu berhak diperoleh untuk orang-orang yang saling menjalin persaudaraan keranaKu” … (Riyadhus Salihin)

nota kaki:Maaf, tulisan kurang matang.Perbincangan usrah itu sedikit sebanyak saya share dari SINI . InsyaAllah akan terus memperbaiki.Jazakillah =))

Tuesday, December 20, 2011

Believe yourself

Assalamualaikum Warahmatullahitaala Wabarokatuh.

Saya berpaling apabila namaku disebut.Laungganya terlalu kuat.Berdesing habis telingaku.Dia berlari anak dan duduk disebelahku.Senyuman terukir dibibirnya.Bertambah manis.Saya turut tersenyum.Senyuman tawar.

"Sya,do you have any problem?" Tanya Ain.
"You think,i have?"Tanya ku kembali.
"Yes, you look like have a big problem..Haha" Dia ketawa berbasa-basi.Saya turut ketawa.
.........................
"Em, saya selalu berkata 'percaya diri'  tapi bila berdepan dengan sesuatu yang saya tidak menjangkauinya..Saya tidak dapat buat..." Saya tunduk.Hampir saja nak menangis..

Ain memandangku.Dia mengerti apa yang berlaku.Pandangannya cukup sayu.Mungkin bersedih.Oh my bestfriend ^_^

"Sya , yes.Believe yourself.Percaya diri.Awak boleh buat sebenarnya.Cuma kena yakin saja.Awak dah baca kan novel tingkatan 3 . "Kanang Cerita Seorang Pahlawan. Semasa remaja,dia bekerja sebagai penambang, penoreh getah , tukang masak dan pengangkut arang batu milim Mr Ford.Tapi dia yakin masa depannya boleh berubah.Terbukti semasa dia berumur 20 tahun,semasa dia berehat dibawah sepohon pokok , pada masa inilah dia dipelawa oleh askar Inggeris untuk menjadi askar.Lihat, sampailah dia diberi banyak anugerah kebesaran-kebesaran askar-askar.Lemah matematik,boleh jadi super matematik.Percaya diri , awak boleh jadi super dalam math ;)) "

Aku tersenyum.
       
                 " Thanks =) "
                            "Yeah welkem =D "
Yes,you can do it !

Apabila orang lain tidak percaya pada anda.Percayalah pada diri.Anda hamba Allah SWT yang mempunyai kekuatan  dan keimanan untuk menempuhi segalanya.InsyaAllah .
Kata-kata yang saya post . Sentiasa bermain diminda akhirnya ditulis di ruangan fb :)

p/s : saya minta maaf, artikel ini hanya dari hati.Saya tidak mampu untuk menulis dengan lebih panjang dan lebih detail.Wassalam <3

Tuesday, December 6, 2011

syukur pada-Mu ya Allah

Haura Mosliemah
Padamu ya Rabb , syukur aku tuturkan.
Atas kenikmatkan yang Engkau kurniakan.
Alhamdulillah <3



Setiap hari kita ketawa. Setiap hari kita jumpa kawan. Setiap hari kita dapat apa yang kita nak.
Tapi..kenapa hati kita tak gembira?

Kita sembahyang setiap hari. Kita berdoa selalu pada Allah. Kita mintak sungguh-sungguh pada Allah. Tapi..kenapa susah sangat doa kita nak makbul? Sedangkan Allah ada berfirman. "Berdoalah pada Ku, nescaya akan Ku kabulkan...,"

Apa masalah kita?

Hati kita tak gembira sebab kita tak pernah bersyukur dengan apa yang kita ada. Kita tak pernah nak menghargai setiap nikmat yang kita dapat. Kita asyik memikirkan benda yang kita tak ada, sampai kita lupa melihat nikmat sekeliling kita.

Kita berdoa, tapi kenapa payah sangat doa kita Allah nak makbulkan?

Sebab kita asyik meminta pada Allah, tapi kita tak pernah mintak ampun pada Allah, sedangkan dosa-dosa kita terlampau banyak pada Allah. Alangkah tidak malunya kita. Kita merintih, kita merayu agar Allah makbulkan doa kita. Tapi, lepas kita dapat kesenangan kita lupa pada Allah, kita tak bersyukur pada Allah. Bila dah datang kesusahan, baru nak ingat Allah balik. Baru nak menangis, merintih..mintak Allah pandang kita. Macam mana Allah nak makbulkan doa kita?

Cuba kita renung diri kita. Cuba hitung, berapa kali kita sebut kalimah syukur dalam satu hari? Tak payah seminggu, cukuplah sehari sahaja. Berapa kali agaknya? Itupun kalau ada sebut la..

Pernah kita bangun malam, solat sunat...solat tahajud..solat taubat? Pernah? Ada...waktu zaman sekolah dulu. Itupun, lepas kene ketuk dengan warden, suruh bangun. Lepas tu...ada? Ada...time dah nak exam...waktu rasa result macam ada aura nak fail. Siap buat solat hajat lagi! Lepas dapat result tu, ada tak buat sujud syukur? Hmm...entah la, tak ingat pulak.

Hari-hari kita buat baik. Kita tolong orang. Kita sedekah dekat orang. Kita buat macam-macam. Tapi kenapa kita tak dapat nak rasa kemanisan setiap perbuatan yang kita lakukan tu? Hati kita tetap jugak tak tenang. Kenapa ye? Sebab dalam hati kita tak ada sifat ikhlas. Mulut cakap ikhlas, hati kata lain. Macam mana tu? Kita tolong orang sebab nak harapkan balasan. Nakkan pujian. Nakkan nama. Kita riak dengan setiap kebaikan yang kita buat. Macam mana hati nak tenang? Bila dapat kejayaan, kita bangga dengan apa yang kita ada. Mula nak menunjuk-nunjuk dekat orang. Sampai lupa siapa sebenarnya yang bagi kejayaan tu dekat kita.

Alangkah tidak malunya kita..., Allah ciptakan kita sebagai khalifah di bumi ni. Kitalah sebaik-baik kejadian yang Allah pernah ciptakan sehinggakan semua makhluk sujud pada bapa kita, Nabi Adam kecuali Iblis Laknatullah. Betapa Allah muliakan kejadian manusia. Tapi, kita sendiri tidak memelihara diri kita. Kita lupa tanggungjawab kita sebagai hamba. Kita lupa kepada yang mencipta diri kita. Bahkan, kita alpa dengan nikmat yang ada. Nabi Muhammad s.a.w, pada saat malaikat ingin mencabut nyawa Baginda, Baginda masih memikirkan umat-umatnya. Ummati! Ummati! Sampai begitu sekali sayang Rasulullah pada kita. Tapi kita....? Kita lupa pada Baginda Rasul. Berat benar lidah kita nak berselawat ke atas baginda. Macam mana hati kita nak tenang?
Lembutkanlah hati kita. Tundukkan lah diri kita pada Allah. Bersyukur dengan nikmat yang Allah pinjamkan pada kita. Semua itu tidak akan kekal. Bila-bila masa Allah boleh tarik balik semua itu. Ikhlas kan lah hati dalam setiap perkara yang kita buat.

Sesungguhnya, hanya Allah sahaja yang berkuasa menilai keikhlasan hati kita. Insya Allah, kita akan dapat merasai kelazatan halawatul iman itu sendiri. Tenanglah dikau wahai hati...


sumber : 

Sunday, December 4, 2011

Alangkah Indahnya...




Alangkah indahnya...
kalau kita sebaik Khadijah
menguatkan suami dengan harta dan cinta
demi perjuangan untuk agama

Alangkah indahnya...
kalau kita sepemurah Aisyah
mencari-cari hatta sebiji kurma
untuk disedekah di jalan Allah

Alangkah indahnya...
kalau kita seberani den sekuat Sumaiyah
sanggup mempertahankan agama
hingga mati disula

Alangkah indahnya...
kalau kita dapat membisikkan bicara hati setiap dinihari
Seperti Rabiatul Adawiyah
mengucap bicara cinta pada Tuhannya
Aku menyembah-Mu bukan kerana takut neraka tidak juga kerana mengharap syurga-Mu tapi kerana kemuliaan cintaku pada-Mu....

Ahhh,diri yang lemah
Alangkkah indahnya...
jika atas kelemahan dan kekurangan yang ada
kita masih dapat bersyukur
lantaran apa yang terdaya kini
massih kurniaan Ilahi...
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...