Friday, January 28, 2011

Dimana cantiknya seorang wanita ? ::

Semua wanita menginginkan kecantikan dan sesungguhnya ALLAH itu cantik dan sukakan kecantikan.Dan yg tak dpt dinafikan lagi ialah semua lelaki melihat dari kecantikan seorang perempuan itu dari zahir dan batin.Ini TIPSnya..... 
Anda ingin lebih cantik dan menarik??

# Jadikanlah
 Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mataanda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

# Gunakanlah 
"pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.

# Pakailah 
"sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

Wednesday, January 19, 2011

| Malaikatmu.... ( Renungan Bersama ) |


Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia... 

Dia bertanya kepada Tuhan : "Para malaikat disini mengatakan bahawabesok Engkau akan mengirimkan saya kedunia, tetapi bagaimana cara sayahidup disana; saya begitu kecil dan lemah ?" 

Dan Tuhan menjawab: "Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Iaakan menjaga dan mengasihimu ." 

Bayi bertanya lagi: "Tetapi disini; didalam syurga ini, apa yang

saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia." 

"Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia" 

"Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara

kepada saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?" "Malaikatmu akanberbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar;dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara." 

"Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu?" "Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa" "Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akanmelindungi saya ?" "Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut

mungkin akan mengancam jiwanya" 

"Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi" 

"Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan

mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu" 

Disaat itu, Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dariBumi dapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan : "Tuhan, jika sayaharus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut ?"

Friday, January 14, 2011

Ana..? INsyAllah =)

Bismillah...( Allah )..Mujahadatunnafsi !! Salam Ukhwah Fillah . ☺..Mujahidah itu pahit..kerana sYurga itu Manis.. :: Ya.. diriku ini bukan lah insan yang sebenar benar sempurna untuk berharap sidia seperti yang kugambarkan namun dirku percaya bahawa ALLAH itu sentiasa dekat dengan hamba yang meminta padaNYA. Biarlah diri ini tidak dipertemukan dengan sidia sebegitu di dunia andai cinta dan tarbiyah ALLAH itu galang gantinya... biarlah sidia itu tidak pernah muncul asalkan ALLAH redha dengan perjuanganku mencari jalan taubat menebus kesilapan silam. Sesungguhnya manusia itu sememangnya diciptakan berhajat kepada cinta namun segala galanya dengan izin ALLAH, mungkin tidak bisa kecapi cinta insani di dunia kerana ALLAH swt ingin mempersiapkan dirimu dan diriku agar menjadi bidadari yang menjadi penyeri mujahid bergelar syuhadah di syurga... maka akhwatku... jangan sekali kali menanggalkan perhiasan agama dan perjuangan hanya kerana jodoh... kerana biarlah kita memilih ALLAH dari memilih manusia.::

Thursday, January 13, 2011

| Fikir Zikir |




Hati yang selalu mengingati tuhan, Lidah yang basah senantiasa berzikir...
Fikiran yang sentiasa berpasak pada keagungan tuhan,
Indahnya.....

"  Jika kita hendak mengukur cinta Allah pada kita, ukurlah betapa dalam cinta kita pada Allah."

Segala-galanya terletak pada diri kita sendiri. Di mana Dia dihatiku??

Allahu rabbi...
Seringkali kita berzikir, terfikir pula, benar-benar khusyukkah kita? benar-benar ingatkah kita pada Dia Yang Maha Agung? Benar-benar sungguhkah kita memanggil Dia Raja segala Raja atau sekadar ucapan basi??

Astaghfirullahalazim...

Jangan Marah !!

Bismillahirrahmanirrahaim..Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyanyang . Selawat Keatas Junjungan Nabi Muhammad Rasulullah SAW ..dan para2 sahabat baginda...




Hadith:

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa seorang lelaki telah berkata kepada nabi SAW yang maksudnya:” Berwasiatlah kepada ku.” Sabda Rasulullah SAW: “Jangan kamu marah.” Maka lelaki itu mengulangi kata-katanya berulang kali. Sabda Rasulullah SAW:” Jangan kamu marah..” (al-Bukhari)

Huraian

Hasan al-Basri pernah berkata: Empat perkara jika sesiapa memilikinya maka Allah memeliharanya daripada syaitan dan mengharamkan ke atasnya api neraka: (iaitu) Sesiapa yang mampu mengawal dirinya ketika dalam keghairahan, ketakutan, syahwat dan kemarahan.” Sesungguhnya kemarahan akan mengumpulkan segala keburukan. Reaksi seorang yang sedang marah dapat dilihat pada wajah dan anggota badannya seperti warna mukanya bertukar merah, urat-urat lehernya menegang, tubuh badan seakan-akan menggigil kerana geram, suara menjadi nyaring manakala lidah mula mengeluarkan perkataan yang buruk sama ada mengutuk atau mengeji. Ada kemungkinan patah-patah perkataan itu berupa penghinaan atau yang seumpama dengannya yang haram diucapkan termasuklah menuduh orang lain sebagai kafir dan lai-lain. Selain itu, seseorang itu juga akan melakukan perbuatan yang di luar kawalannya sendiri seperti memukul, menumbuk, menampar dan sebagainya. Semua ini berkemungkinan akan mendorong kepada perbuatan yang menyakitkan orang lain yang akhirnya mewujudkan permusuhan dan kebencian di antara satu sama lain. Justeru walaupun sifat marah adalah sifat semula jadi manusia namun sebagai seorang Muslim kita hendaklah berusaha untuk menjauhkan diri daripada segala sebab yang menyebabkan kemarahan.

[Sumber: JAKIM]


Doa


Doa pengunci hafalan.


Assalamualaikum,Segala puji-pujian hanya layak bagi Tuhan yang maha Bijaksana. Selawat dan salam untuk rasul penyampai risalah, penunai amanah Allah dan penasihat seluruh umat, Saidina Muhammad, juga para ahli baginda serta sahabat-sahabat dan pewaris-pewaris baginda.
Kali ini saya ingin berkongsi dengan para pembaca sekelian satu amalan para ulama terdahulu untuk berjaya di dalam menuntut ilmu. Amalan ini dinamakan ' Doa pengunci hafalan'. Doa ini diambil daripada ayat 171 surah al-a'raf. Ia dibaca selepas selesai belajar atau mengulangkaji bertujuan untuk mengunci perkara-perkara telah dipelajari dalam sistem ingatan, insya Allah.

4 Peringatan buat mereka yang bermujahadah



  1. Sesiapa yang mengalami kebinasaan pada Jalan Allah, maka Allah yang akan menggantinya.
  2. Sesiapa yang terang cahaya permulaannya dengan melazimkan ” Tarikat Ilahiah “, maka teranglah cahaya kesudahannya dengan terbuka hakikat.
  3. Sesiapa yang terang cahaya permulaannya dengan tinggi  hemahnya daripada sekalian alam, maka teranglah cahaya kesudahannya dengan terbuka dan jelas kelihatan, kerana permulaan itu jalan bagi kesudahan.
  4. Dan sesiapa yang permulaannya pada Jalan Allah SWT, nescaya kepada Allah pula kesudahannya.

Wednesday, January 12, 2011







Dialah Sumayyah binti Khayyat, hamba sahaya dari Abu Hudzaifah bin Mughiroh. Beliau dinikahi oleh Yasir, seorang pendatang yang kemudian menetap di Mekkah sehingga tidak ada kabilah yang dapat membela, menolak dan mencegah kezaliman atas dirinya, karena dia hidup sebatang kara. Posisinya menjadi sulit dibawah naungan aturan yang berlaku pada masa Jahiliyah.
Begitulah Yasir mendapatkan dirinya menyerahkan perlindungannya kepada Bani Makhzum. Beliau hidup dalam kekuasaan Abu Huzaifah. Dia akhirnya dinikahkan dengan budak wanita bernama Sumayyah, tokoh yang kita bicarakan ini. Beliau hidup bersamanya dalam suasana yang tenteram. Tidak berselang lama dari pernikahan tersebut, merekapun dikaruniai dua orang anak, yaitu ‘Ammar dan Ubaidullah

| Menanti di Barzakh |



* to hilwani athirah . thank memperkenalkn nasyid ni kpd sya . :)

Hati dan Akal Bicara Cinta


Di sebuah pondok usang milik seorang hamba, akal dan hati berbual berkenaan kasih dan cinta..
Akal : Assalamualaikum, sahabat.
Hati : Waalaikumussalam...
Akal : Apa khabar iman anda?
Hati terdiam...
Akal bertanya sekali lagi.
Akal : Apa khabar iman anda?

Friday, January 7, 2011

| Mencari Sinar BAHAGIA | :]

Hari demi hari aku tewas 
Dan kalah dengan perasaan
Semakin hari semakin menjerat sanubari
Untuk berlari dan terus berlari
Mencari sesuatu yang ‘bebas’
Dan jawapan pada seribu persoalan
Demi  memuaskan hati semua pihak
Tanpa fikir dimana langkah kakiku terhenti

| gambar di “LAMAN SOSIAL” jadi barang sihir…( muslimah sentiasalah berhati-hati ) |

~ Dipetik dari  jom tutup aurat dan jaga akhlak (facebook)
Kawan/sahabat saya merupakan ahli perubatan Islam, rakan seguru saya yang sedang belajar di UPSI ( Universiti Penguruan Sultan Idris). Beliau telah terpanggil untuk merawat seorang muslimah yang kerasukan di kolej kediaman. Selepas rukyah dan dibakar JIN yang menganggunya akhirnya ketua JIN muncul.
Maka sesi soal jawab pun bermula dan JIN tersebut akhirnya mengaku kalah.
Apabila diarahkan mengambil barang sihir, ianya amat memeranjatkan semua yang hadir semasa melihat rawatan itu, ketua JIN mengaku barang sihir tersebut adalah gambar yang diambil di dalam laman “FACEBOOK”.

| Rabiatul Adawiyah |

Rabiatul Adawiyah adalah seorang wali Allah yang mengabdikan dirinya kepada Allah. Kesabaran dan perjuangan harus dicontohi oleh wanita islam hari ini. Walaupun sejarah hidupnya bermula dari seorang wanita yang tidak mentaati Allah, akhirnya di memilih jalan sufi dalam mencari ketenangan hidup.
Kisah bermula pada zaman dahulu di mana kejahilan menyelebungi masyarakat arab kebanyakan sekolah agama telah ditutup. Ayah Rabiatul Adawiyah adalah guru agama tapi terpaksa menjadi pendayung sampan. Untuk menarik minat orang menaiki sampannya dia akan mendendangkan lagu yang merdu ketika mendayung sampan. Rabiatul Adawiyah sentiasa disamping ayahnya hinggalah dia dewasa, apabila ayahnya meninggal dunia. Dia menggantikan tempat ayah sebagai pendayung sampan dan mendendangkan lagu yang merdu. Mendengarkan suaranya yang merdu itu menarik hati seorang lelaki untuk membawanya untuk dipersembahkan kepada raja dan dia terpaksa berkhidmat untuk raja. Setiap hari dia menyanyi dan menuang arak kepada raja dan tetamu raja.



Tuesday, January 4, 2011

kaifiyat-memberi-salam





Nabi Muhammad SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

Menjadi trend pada hari ini kaedah memberi salam dan menjawab salam sudah tidak mengikut kaifiyat yang disarankan. Antara kesilapan dalam memberi salam dan menjawab salam ialah;-
1. SEKADAR menyebut salam ketika berjumpa atau menulis perkataan salam dalam sms atau e-mail atau di mana-mana ruang seperti facebook.contoh kesilapan ialah :" nanti kalau ko jumpa mamat tu ko kirim salam kat dia ya"

Cara yang betul ialah :" nanti kalau ko jumpa mamat tu ko kirim salam Assalamualaaikum kat dia ya.."

:: Sahabat ::


SAHABAT

Sahabat yang berhati mulia ibarat mentari yang menyinar.
Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan.
Sahabat sejati memberi kekuatan semasa kesusahan
dan juga menjadi pendorong impian.

Sahabat yang beriman membawa kita ke jalan Allah.
Oleh itu hargailah SAHABAT anda.

ciri-ciri wanita solehah :)

Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t. Zahirnya nampak mudah tetapi secara praktikal.... adalah sebaliknya.

Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat berikut:
  1. Taat kepada Allah dan RasulNya
  2. Taat kepada suaminya
Secara ringkas..... dari 2 syarat-syarat di atas adalah:


1. Taat Kepada Allah S.W.T dan RasulNya

Bagaimana yang dikatakan sebagai taat kepada Allah dan RasulNya?
  • Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
  • Wajib menutup aurat
  • Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
  • Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya
  • Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa
  • Berbuat baik kepada ibu & bapa
  • Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang
  • Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
  • Bersikap baik terhadap tetangga

2. Taat kepada suami



| Sering Merendah Diri Antara 6 Tanda Taubat Diterima |

SEORANG ahli hikmah berkata:
Sifat orang yang mengenali Allah ada enam: jika ia ingat kepada Allah ia berbangga; jika ingat kepada dirinya, ia merendah diri; jika ia melihat ayat Allah (al-Quran) ia mengambil iktibar; jika ingin bermaksiat, ia menahan diri; jika ingat kemaafan Allah ia gembira dan jika ingat dosanya, ia terus memohon keampunan Allah.
Seorang ahli hikmah lain ketika ditanya: “Apakah tanda taubat diterima Allah? Jawabnya, ada empat tanda iaitu:
  1. Putus hubungan dengan kawan yang tidak baik (jahat) dan bersahabat dengan orang salih;
  2. Menghentikan maksiat sebaliknya rajin melakukan perintah Allah;
  3. Hilang rasa kesenangan dunia di hatinya, lalu selalu ingat kesusahan di akhirat;
  4. Percaya jaminan Allah dalam soal rezeki, lalu sibuk mengerjakan perintah Allah.

| Doa Taubat |

Tuhanku aku tidak layak
untuk syurgaMu,
tetapi aku tidak pula
sanggup menanggung
siksa nerakaMu
dari itu kurniakanlah
ampunan kepadaku
ampunkanlah dosaku
sesungguhnya Engkaulah
pengampun dosa-dosa besar.
Tuhanku aku tidak layak
untuk syurgaMu,
tetapi aku tidak pula
sanggup menanggung
siksa nerakaMu
dari itu kurniakanlah
ampunan kepadaku
ampunkanlah dosaku
sesungguhnya Engkaulah
pengampun dosa-dosa besar.

| Doa agung Rabiatul Adawiyah







Rabi'ah Al-'Adawiyah, lahir di Kota Basrah dan pulang ke rahmatullah pada 135H/752 M . Beliau seumur hidupnya tidak pernah berkahwin dan dianggap mendapat pahala yang besar dalam memperkenalkan konsep cinta kepada Allah.

Doa agung Rabi'ah Al-Adawiyah

" Ya Allah, jika aku menyembah-Mu kerana takut kepada neraka, bakarlah aku di dalam neraka-Mu, dan jika aku menyembah-Mu kerana mengharapkan syurga -Mu, campakkanlah aku dari dalam syurga; tetapi jika aku menyembah -Mu demi Engkau semata, janganlah enggan memperlihatkan keindahan wajah-Mu yang abadi kepadaku" "Ya Allah, segala jerih payahku dan semua hasratku di antara segala kesenangan dunia adalah untuk mengingati Engkau. Dan di akhirat nanti, di antara segala kesenangan akhirat, adalah untuk berjumpa dengan-Mu"



Sunday, January 2, 2011

Internet Baik Buruknya Kita di Golongan Yang Mana?

Sahabat yang dirahmati Allah,
Pada masa kini secara umumnya ramai yang telah didedahkan dan berkemahiran untuk menggunakan kemudahan internet sejajar dengan perkembangan sains dan teknologi. Dengan kemudahan internet, semua kebaikan dan keburukan berada di hujung jari kita.

Terdapat tiga golongan yang menggunakan kemudahan internet ini :

Pertama : Golongan yang memanfaatkan kemudahan internet untuk menyebarkan, berkongsi atau menimba ilmu dunia dan akhirat, menambahkan pendapatan kewangan, merapatkan ukhuwah sesama insan dan sebagainya. Semua itu boleh dimasukkan ke dalam senarai amal solehnya dan dia mendapat ganjaran untuk kebaikan dunia dan akhiratnya.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : “Apabila seseorang manusia itu meninggal dunia maka terputuslah segala amalannya melainkan daripada tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu pengetahuan yang dapat
diambil manfaat daripadanya dan anak soleh yang mendoakan untuknya”.
(Hadis Riwayat Imam Muslim)

Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:

Saturday, January 1, 2011

Peganglah Api Bila Teringatkan Zina

www.iLuvislam.com
ald kamil
Editor : kasihsayang


Ada seorang pemuda soleh yang sangat patuh kepada perintah agamanya dan sentiasa menjaga diri daripada segala rupa maksiat dan keburukan,sehingga pada suatu malam terlintas di dalam hatinya hendak berzina dengan seorang gadis jelita kerana terpesona dengan kejelitaannya.

Kebetulan pada ketika itu, disampingnya ada sebuah pelita yang sedang baru dinyalakan untuk menerangi rumah pemuda soleh itu. Maka dia pun terus menajamkan pandangannya kepada api yang sedang bernyala-nyala pada sumbu pelita itu. Kemudian dia berbisik pada dirinya sendiri:

''Engkau mengajak aku melakukan perbuatan terkutuk dengan wanita itu? Baiklah, aku akan letakkan jariku ini di atas sumbu pelita yang menyala itu. Kiranya ia tahu panasnya, nescaya aku akan turutkan kemahuanmu itu.''

Maka pemuda soleh itu pun meletakkan jarinya di atas sumbu tadi. Dan dia cuba menahan diri daripada kepanasannya, sehingga hampir-hampir nyawanya akan tercabut kerana tidak tahan panas yang dideritanya itu. Lalu dia berteriak:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...