Thursday, December 30, 2010

| Hadis Palsu Tentg hari Asyura |

Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda : 


"Sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharram) maka Allah akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. 


Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Asyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka." Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W : " Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Asyura daripada hari-hari lain?". Maka berkata Rasulullah S.A.W : " Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Asyura, menjadikan laut pada hari Asyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Asyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Asyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Asyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Asyura, 


Allah menenggelamkan Fir'aun pada hari Asyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Asyura, Allah menerima taubat Nabi Adam pada hari Asyura, Allah mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Asyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Asyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Asyura !".

Hadis ini statusnya maudhu' (rekaan/palsu) mengikut Syaikhul Hadis Nasiruddin alBani dan pendustaan terhadap Ibn Abbas RA. 

Ibn Jauzi pula menegaskan hadis ini maudhu' tanpa ragu lagi.
Imam Dzahabi juga menyebut sebagai maudhu' (rekaan).
Imam Ahmad Ibn Hanbal menjelaskan hadis ini direka oleh seorang pendusta bernama Habib bin Abu Habib.
Ibn Hibban juga memberitahu hadis ini adalah batil dan tidak halal menyibarkannya
. 

Menjadi Tunang Orang Tanpa Kita Sedar?

Sel, 16 Nov 2010 11:34 | Ustaz Azhar Idrus | Editor: kasihsayang 

Jika seorang lelaki menyatakan hasrat kepada seorang perempuan untuk dijadikan isteri dan wanita itu bersetuju, adakah ia dikira bertunang walaupun ibu bapa perempuan itu belum tahu atau tidak kenal pihak lelaki?

Jawapan

Makna pinang dari segi syarak adalah pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin kepada pihak perempuan. Apabila pihak perempuan berkata setuju, maka perempuan itu sudah dikira menjadi tunang kepada lelaki tersebut.

Contohnya apabila seorang lelaki berkata kepada seorang perempuan, "Aku ingin jadikan kamu sebagai isteriku."
"Kahwin la dengan kita bila-bila," jawab perempuan tersebut.

Maka dari segi hukum syarak, tatkala pihak perempuan itu bersetuju, dia telah menjadi tunang kepada lelaki tersebut; walaupun ia disebut dalam telefon.

Jadi, haram bagi lelaki lain untuk masuk meminang jika hal itu diketahui. Namun jika pihak lelaki lain yang ingin masuk meminang itu tidak tahu, maka ia tidak haram.


Apa maksud "Open Relationship"?

Apa maksud "Open Relationship"?

by Lutfi Hafiy on Saturday, November 27, 2010 at 11:22pm


Menurut pemerhatian saya, ramai antara kita yang meletakkan Open Relationshipsebagai status tapi berapa ramai yang tahu maksud sebenar status itu?

Dipetik daripada wikipedia

An open relationship is a relationship in which the people involved agree that they want to be together, but in which romantic or sexual relationships with additional people are accepted, permitted or tolerated.

yang bermaksud

Tuesday, December 28, 2010

Kisah Bidadari Aasyura

Athiah bin Khalaf adalah seorang saudagar Mesir terkenal. Semula ia kaya raya, namun belakangan jatuh pailit. Satu-satunya kekayaan yang masih tertinggal padanya adalah sepasang busana yang dikenakannya.

Pada Asyura, 10 muharram, Athiah bin Khalaf menunaikan shalat subuh di masjid Amru bin Ash. Ketika ia sedang duduk sendirian disalah satu sudut masjid, datanglah seorang ibu bersama beberapa orang anak yang masih kecil-kecil.

“ Tuan, tolong lepaskanlah aku dan anak-anakku dari kesulitan hidup. Suamiku telah meninggal tanpa mewariskan apa-apa. Pekerjaan meminta-minta baru aku lakukan sekali ini. Aku juga keluar rumah karena terpaksa. Tolonglah tuan.”

Kali ini cerita tentang MURTAD!!! MUST! MUST! MUST! READ!!!!!!! take note!





Saya sangat terkilan dan sedih melihat ramai melayu yang dilahirkan sebagai islam keluar dari agama dan memilih untuk menjadi 'ATHEIS' ataupun memeluk agama lain.

Kenapa ini boleh terjadi?

tolong baca kisah menyayat hati ini.. di manakah kesedaran kita sebagai manusia yang mengakui sebagai hamba- Allah swt?

Murtad di kalangan orang Melayu kini sudah menjadi ancaman kepada kita. Indeks pencemaran akidah mengikut jabatan statistik dan perangkaan tahun 1989 sahaja, 4776 orang Melayu mohon tukar nama dari Melayu kepada bukan Melayu atas alasan keluar dari Islam.

Tahun 1997, bila Saari Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari Datuk Hashim Yahya, perkara pertama yang disentuh adalah murtad. Menurutnya sehingga Julai 1997, 3,000 orang murtad di KL sahaja. Tahun 1998 saja, 516 orang sudah murtad.

Aisyah bukan kes pertama murtad, sebelum ini dah beratus kes timbul tetapi ditutup oleh pihak tertentu. Setakat kes Aisyah, dah 40 fail murtad dikendalikan oleh peguam Zulkifli Nordin.Mengapa kes Aisyah ini kita rasa ralat sangat? Kes ini satu simbol yang tunjukkan pada kita orang Melayu. Sistem pertahanan akidah kita amat rapuh. Akidah kita diserang ditubi dari segala sudut. Yang kita tak nampak dengan menggunakan system perundangan dan kehakiman kita sendiri.Kes ini boleh dilihat dari 2 sudut.

  • Bagaimana orang macam Aisyah boleh murtad
  • Bagaimana orang kafir boleh menggunakan sistem hakiman kita untuk merampas anak orang Islam untuk dimurtadkan?

Apa yang berlaku kepada Haji Bukhari setelah 25 tahun didik anak dengan pengisian Islam yang hebat. Sedang dia mengimamkan sembahyang terawih di masjid tahun 1997 anaknya dimurtadkan di rumah.

Masih ramai segan sebut ‘zina’

KOTA BHARU - Masih ramai dalam kalangan masyarakat di negeri ini masih segan menyebut perkataan ‘zina’ secara terbuka dan mereka memilih untuk menyebut perkataan lain yang dianggap lebih sopan dan menjaga keaiban.


Yang Dipertua Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) Daerah Kota Bharu, Dr Mohd Sharani Mohd Naim berkata, perkataan ‘zina’ seolah-olah menjadi fobia kepada orang yang takut kepada perundangan Islam dan mereka tidak gemar menggunakannya dan mempopularkan istilah lain termasuk bersama, hubungan jenis luar nikah, hubungan seks secara haram, persetubuhan haram, bersekedudukan dan berkhalwat.

“Dengan menyebut perkataan zina, masyarakat lebih nampak ada hukuman melalui undang-undang dan zina perlu disebut (secara langsung) bagi memberi kesedaran kepada orang ramai supaya menjauhi gejala sosial yang boleh mendorong maksiat.

“Melalui maksiat (zina) ini, ia membawa kepada masalah pembuangan bayi ini, malahan zina merupakan puncak kepada segala jenis perubatan jahat antara lelaki dan wanita yang tidak berkahwin,” katanya kepada pemberita semasa berucap semasa Seminar ‘Buang Bayi: Kita Mampu Menghentikannya (Penyelesaian Dari Sudut Syariah)’ di Hotel Raudhah di sini, semalam.

Kahwin Awal?!

Nota : Bagaimana seorang pelajar tahun akhir Universiti yang hampir bunuh diri kerana depresi setelah ditinggalkan kekasih mengubah kehidupannya 180 darjah menjadikannya insan yang paling bahagia di muka bumi ini dengan perkahwinan di usia awal. Berikut adalah coretan terus dari hati dan mata pena beliau tanpa sebarang editing…

  • Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar. Jadi, Mengapa berkahwin? Kalau ikut kata mak ayah, “Nak bagi bini makan apa? Pasir?”
  • Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami “declare”, untuk bersedia untuk berkahwin. Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain. Kecewa? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri. Saya mengalami depression di maa saya disconnect dengan dunia luar.
  • Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang. Pada mulanya, saya ingat sekadar “cinta rebound”, tapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin. Pada mulanya, saya ingat satu gurauan. Akhirnya si dia berani call ayah saya, dan minta izin untuk berkahwin, kerana takut kehilangan saya lagi.
  • Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar, tahun 1 peringkat ijazah. Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya Cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian. Ayah saya bersetuju, dan memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali. Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.

Tentang Niqab (purdah) di facebook

Sumber: Hilal Asyraf


Ramai orang tahu apa itu niqab. Bahasa popularnya dahulu adalah purdah. Antara bahasa yang kurang popular adalah cadar. Tapi saya memang tak pakai la perkataan cadar ni. Sebab cadar saya guna untuk kain yang menyelimuti katil. Tapi itu saya la ya. Saya selalu sebut niqab atau purdah sahaja.

Niqab ni, selepas saya baca dan kaji sikit, pengakhiran terhadap hukumnya ada dua. Yakni harus pakai, dan wajib pakai (mngikut apa yang saya baca, pemakaian purdah ni adalah wajib brdsarkn fatwa Imam Syafie) . Namun majoriti ulama’ berada di pihak harus pakai. Hanya kebanyakan ulama’ Arab Saudi sahaja yang mewajibkan, itu pun ada antara ulama’ saudi seperti Sheikh Nasiruddin Al-Bani menyatakan tidak wajib.

Saya bukan nak bahas fasal hukum. Saya cuma nak menyampaikan sesuatu berkenaan hal niqab.
Ini cetusan daripada sahabat saya di Jordan ini. Bermula dengan pertanyaan:

“Hilal, orang pakai niqab ni sebab tak mahu jadi fitnah. Jadi apa pandangan enta terhadap orang yang pakai niqab, tapi pergi tangkap gambar sendiri lepas tu letak kat facebook, friendster untuk tayangan ramai?”

Rasa aneh

Bicara sahabat saya tadi mengetuk minda saya. Benar, saya perasan akan situasi yang dia ceritakan itu. Ramai aje kalau saya melompat-lompat facebook atau friendster, hatta blog dan website pun, kelihatan gambar orang berniqab tapi kemudian tangkap gambar sendiri(gaya macam-macam la kan).

Kenapa buat begitu?

Saya rasa aneh.

ISLAM DI HINA DI MALAYSIA!!!

Dunia akhir zaman semakin menakutkan bilaberkait dgn soal akidah. Nak jadi apa dah ni??Patut laa ada yang kata tak nak ada anak.Bukan takut nak beranak, tapi takutada anak yang terpesong akidah.. baik tak de langsung!!

Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini denganmembuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perangterhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkansignature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swtkerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal [3]. Datuk Harussani jugaminta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajarkuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda nidalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhanIFC ini adalah musuh Islam di M`sia.

Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM?...Depa send memorandum kepada PM meminta 15 perkara berhubungdengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan MalaysiaAntaranya:

Bagaimana Bercouple Cara Islam?


Islam adalah agama yang syumul. Sebuah agama yang lengkap. Islam tidak mungkin menyekat fitrah manusia yang sememangnya ingin menyayangi dan ingin disayangi. Untuk apa Allah menciptakan manusia berfitrah seperti sedia ada jika manusia akan diperintahkan untuk membunuh fitrahnya itu?
Ajaran Islam telah diturunkan oleh Allah untuk memasang bingkai agar kemahuan manusia itu dapat disalurkan dengan cara yang terbaik. Selain itu, Islam menutup rapat jalan kemaksiatan dan membuka seluas-luasnya jalan menuju ketaatan serta memberi dorongan kuat ke arah perlaksanaanya.
Rasulullah s.a.w. pernah mengecam salah seorang sahabat yang bertekad untuk tidak bernikah. Ini merupakan salah satu bukti bahawa Islam mengakui fitrah manusia yang ingin mengasihi dan dikasihi atau mencintai dan dicintai.
Percintaan dalam Islam hanyalah selepas termetrainya sebuah ikatan pernikahan antara dua insan, iaitu setelah bergelar suami isteri. Islam telah menggariskan panduan dalam menuju ke arah gerbang perkahwinan ini.
Ustaz Hassan Din telah memberikan pendapatnya mengenai hal ini dalam Al-Kulliyah di TV3 pada 28 Julai 2006. Tajuk perbincangan Al-Kulliyah ketika itu agak menarik ; iaitu "Jodoh".
Masyarakat Sudah Lari

Thursday, December 23, 2010

Permohonan Ahli Neraka & Jawapan Allah

Mereka yang berada di dalam neraka itu sentiasa bermohon kepada Allah dengan berbagai macam permohonan.
Namun sangat disayangkan, tidak satu pun permohonan mereka itu dikabulkan oleh Allah SWT, bahkan dijawabkan oleh Allah dengan kata-kata yang membuatkan mereka berputus asa.
Di antara permohonan mereka itu sebagaimana yang dijelaskan dalam Al Quran:

1. Mohon dikeluarkan dari neraka
       " Ya Tuhan kami Engkau telah mematikan kami dua kali dan telah menghidupkan kami dua kali, lalu kami mengakui dosa-dosa kami. Maka adakah sesuatu jalan bagi kami dari neraka ini?"(Al Mukmin-11)

Permohonan mereka itu dijawab oleh Allah SWT dengan firmanNya:
       " Yang demikian itu adalah kamu kafir apabila Allah sahaja yang disembah, dan kamu percaya apabila Allah dipersekutukan. Maka putusan sekarang adalah pada Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar.(Al Mukmin-12)

2. Mohon dikembalikan ke dunia
       " Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar maka kembalikanlah kami ke dunia, kami akan mengerjakan amal soleh, sesungguhnya kami ini sekarang adalah orang-orang yang yakin"(As Sajadah-12)


PESAN ROH KEPADA MANUSIA..

luph Islam

Apabila roh keluar drpd jasad,ia akn bkata2 dan seluruh isi alam sama ada d langit atau bumi akn mndgrnye kecuali jin dan manusia.apabila mayat dmandikan,lalu roh berkata "wahai org yg memandikan,aku minta kpdmu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirehat drpd seretan malaikat maut"...

     selepas itu,mayat pula bersuara sambil merayu "wahai org yg memandikan,jgnlah engkau menuangkan airmu dlm keadaan panas..begitu juga jgn menuangkandgn air yg dingin krn tubuhku terbakar apabila terlepasnya  roh dari tubuh".Apabila dimandikan roh sekali lagi merayu " Demi Allah,wahai org yg memandikan jgnlah engkau mggosok aku dgn kuat sbb tubuhku luka-luka dgn keluarnye roh"setelah dmandikan dan dkafankan telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-mggl dan bpsn lgi supaya jgn diikat tlalu kuat serta mengafani kapalenya krn inginnmeliht wajahnya sndiri,ank2, isteri atau suami buat kali terakhir krn tdk dapat melihat lagi smpai hari kiamat.

----> Bencana Fitnah Ikhtilat Facebook

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarokatuh ...

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Subhanallah walhamdulillaah walaa ilaaha illallaah wallaahu akbar’



Bencana Fitnah Ikhtilat Facebook
Penulis:  Abu Usamah Mohd Masri bin Mohd Ramli, Tuesday, July 07, 2009

Malam kelmarin berbual dengan sahabat di kedai makan. Dia suruh saya melakukan sesuatu di FB tapi tugasan itu terlalu berat. Isunya: Ikhtilat yang tidak dijaga. Di luar, di alam realiti, dikenali sebagai seorang daie. Melakukan da'wah ke sana sini, sungguh sukar untuk melihat bercanda mahupun bergurau senda dengan kaum yang lawan jantina. Tapi di dalam FB, semua berubah, malu sudah terbang menghilang.

Tugasan itu berat kerana ia melibatkan hati dan perasaan orang-orang yang kita kenali. Kata sahabat saya malam tadi "Jika teguran secara general yang anta lakukan tidak dapat mereka fahami, maka wajarlah anta menegur secara spesifik". Satu kerja yang berat bukan.

Mereka bukan dia. Maksudnya ramai, semoga Allah pelihara saya dan sahabat-sahabat saya dari fitnah di dalam FB. Sungguh Ikhtilath FB adalah fitnah yang teramat besarIa menanggalkan malu satu persatu hatta si gadis yang menutup wajah pun tiada segan silu bersenda gurau mahupun bercanda bersama si jejaka yang halal untuk beliau nikahi. Jangan biar malu kita yang selama ini kita jaga di alam realiti terbang begitu sahaja.

 [Sudah lama mahu menulis secara jelas dan terang begini, sebelum ini asyik berkias-kias kerana mahu menjaga hati manusia, tapi nampaknya mereka tidak memahami, lantaran itu saya terpaksa menulis dengan jelas dan terang]

alhamdulillah.

bagus. satu niat dan usaha yang baik. semoga Allah permudahkan. facebook dan benda seumpamanya akan menggalakkan berlakunya 'multiple personality' di kalangan daie apatah lagi yang bermanhaj sunnah yang sahih. sangat memalukan dan memberi kesan yang amat buruk sekarang dan akan datang.

--

Rujukan lain yang boleh membantu anda memahami lebih lanjut berkenaan ikhtilat, insya'Allah... jom kita bace..


~semoga Allah redha, amin




Sumber : 

Kasih NYA amanah mu (suami) ^___^

Pernikahan menyingkap tabir rahsia
Suami isteri inginkan keluarga yang bahagia
Dan mengharapkan sebuah bahtera indah
Untuk bersama belayar ke muara

Pernikahan, menginsafkan kita
Perlunya iman dan takwa, meniti sabar dan redha
Bila masa senang syukuri nikmat Tuhan
Susah mendatang tempuhi dengan tabah

Isteri janji telah dipateri
Diijab kabulkan dan dirahmati
Detik pertemuan dan pernikahan
Yang dihujani air mata kasih
Demi syurga Ilahi

Sejauh mana kita mencintai Allah

quotes




Suatu pagi aku terbangun dan berpeluang melihat mentari terbit. Aaah... kecantikan alam ciptaan Allah memang tiada tolok bandingnya.

Sedang aku memerhati, aku puji Tuhan atas segala keindahan yang telah Ia disajikan itu. Aku duduk dan terasa kehadiranNya di sisiku. Dia bertanya kepadaku, "Adakah kamu mencintai Aku?" Aku menjawab, "Sudah tentu! Engkaulah Penciptaku, masakan aku tidak mencintaiMu.

" Kemudian Dia bertanya lagi, "Jika kamu ditakdirkan cacat anggota, adakah kamu akan mencintaiKu?" Aku tergamam seketika. Aku lihat tangan, kaki dan seluruh anggotaku; aku teringat pelbagai kerja yang mustahil aku lalukan tanpa anggotaku ini yang selama ini tidak kusedari kepentingannya.

Kemudian aku jawab, "Tentunya ia amat sukar bagiku, tetapi aku akan tetap akan mencintaiMu.

" Kemudian Dia bertanya lagi, "Jika kamu ditakdirkan buta, adakah kamu akan menyayangi segala ciptaanKu?"



HUJAN

Awan hitam berarak menyelubungi bumi. Bila langit mula mendung, kekadang terdengar bebelan orang-orang di sekeliling kita "Cuaca buruk saja akhir-akhir ni ye.." Soalnya, Kenapa hujan dikatakan cuaca buruk?? Tidakkah orang-orang itu sedar bahawa hujan merupakan antara nikmat terbesar yang diberikan Allah S.W.T kepada kita?? Mengapa mereka masih merungut??

Berapa ramai di kalangan kita yang mengeluh bila hari hujan?

- Iskk, tak kering lah baju kalau asyik hujan saja.. - Alahai, hujan laaagiiii - Tiap-tiap hari hujan...susah lah macam ni - Payah nak buat apa-apa kalau hujan - Tak boleh balik lagi, hujan!

Bukankah bebelan-bebelan itu lebih baik digantikan dengan doa :

"Allahumma syaiyiban nafi'a" (Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami).

Hakikatnya, hujan itu rahmat.


Arah Kiblat Berpandukan Kaedah Terbenam Matahari Salah

Arah Kiblat Berpandukan Kaedah Terbenam Matahari Salah - ILIM

KOTA BAHARU, 8 Okt (Bernama) -- Umat Islam yang menggunakan kaedah menentukan kiblat berpandukan arah terbenam matahari tidak tepat dan salah di sisi Islam kerana hanya dua hari dalam setahun arah kiblat boleh berpandukan kepada matahari terbenam.

Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Paimuzi Yahya berkata persepsi umat Islam dalam menentukan jadual atau takwim solat, waktu berbuka puasa dan hari raya berpandukan kaedah matahari terbenam itu wajar dihapuskan dan perlu mengikuti ilmu falak syarie sebenar sebagaimana disahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Mengikut kajian ilmu falak, terdapat dua hari iaitu pada 28 Mei dan 16 Julai sahaja dalam setahun, kedudukan matahari terletak di tengah-tengah Kaabah, yang boleh dijadikan panduan untuk menentukan kiblat umat Islam ketika bersembahyang.

"Untuk tujuan itulah ILIM diberi tanggungjawab melaksanakan aktiviti menjurus kepada usaha menghapuskan persepsi salah masyarakat tentang ilmu falak itu mengikut hukum Islam sebenarnya," katanya kepada Bernama selepas menutup Kursus Falak (Qiblat) di sini, Khamis.

WANITA YANG SUKA MENGUMPAT SUKAR DI KAFANKAN..

Berikut adalah sebuah kisah pengalaman seorg bilal..semoga kisah ini di jadikan ikhtibar oleh kita semua..

Sebagai bilal pengurusan jenazah, banyak pengalaman yang telah saya tempuhi. Ada di antaranya yang cukup menyedihkan. Tidak kurang juga yang benar-benar memberi keinsafan. Salah satu daripada pengalaman-pengalaman itu membabitkan masalah kain kapan tidak muat pada hal mayat yang hendak di kapankan bersaiz kecil. Ini bertentangan dengan satu lagi mayat yang saya uruskan, di mana kain kapannya mencukupi walapun orangnya berbadan tinggi dan gemuk.

Sepanjang pengelaman saya dalam pengurusan jenazah sejak lebih 30 tahun lalu, saya mengunakan kain kapan sebanyak 24 ela untuk mengapankan mayat. Jumlah itu selalunya mencukupi tidak kira sama ada mayat bersaiz besar atau kecil, gemuk atau kurus.
Tetapi sewaktu menguruskan satu jenazah di negeri Selangor beberapa tahun lalu, kain kapan sebanyak 24 ela yang saya sediakan itu tidak mencukupi pada hal mayatnya kecil sahaja. Mayat itu berkeadaan biasa, berbadan kurus dengan ketinggian lebih kurang lima kaki. Saya di beritahu arwah meninggal dunia kerana sakit jantung. Orangnya sudah tua, umurnya sekitar 60-an.

Seperti biasa sebelum memandikan mayat, saya memotong dahulu kain kapannya sebanyak tiga keping. Panjangnya mengikut ketinggian arwah kemudian di tambah satu hasta di hujung kepala dan satu hasta di hujung kaki. Selepas semuanya siap disusun, saya mula memandikan arwah dengan bantuan adik saya, Rafeah.
Tiada keanehan ketara berlaku semasa arwah di mandikan, cuma mukanya agak kuning dan najisnya, Maha Suci Allah amat banyak. Makin dikorek makin banyak yang keluar.
"Eh, ada lagi najis", kata adik saya Rafeah kehairanan. Selalunya tidak sampai setengah jam, najis sudah habis keluar tetapi yang ini, lebih 45 minit baru habis. Setelah lebih dua jam berlalu, baru selesai tugas kami memandikan mayat itu. Selalunya satu setengah jam sudah mencukupi.

Pohon2 Yang Tidak Mungkin Bisa Dipanjat Oleh Manusia Dengan Tangan Kosong

Silk Floss Tree (Ceiba Speciosa)


Berasal dari hutan subtropis Amerika Selatan, Pohon Silk Floss kini tersebar luas di seluruh Florida selatan, dan dihargai untuk bunga yang indah. Tapi untuk mendapatkan bunga-bunga yang berharga ini jelas bukan tugas mudah, karena duri raksasa yang menutupi batang dan cabang. bagaimana memetiknya ?





Kapas di dalam polong bunga digunakan sebagai mengisi untuk bantal, dan kayu dari pohon silk floss digunakan dalam kemasan, dan untuk pembuatan kertas. Tapi pohon berduri ini yang paling sering ditanam untuk keperluan pajangan, di sepanjang jalan kota. Tuhan melarang Anda mendapatkan sia-sia pada suatu malam dan bertabrakan dengan salah satu dari hal-hal ini.


Hercules Club (Aralia Spinosa)



Nama pohon ini khusus diberikan oleh pohon tua berduri kerucut seperti pada kulit yang membuat batang dan cabang terlihat seperti tongkat. Hercules Club adalah asli Amerika Utara, dan tersebar di bagian timur benua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...